Rabu, 22 Disember 2010

من مفاتح السعادة

التركيز والابتعاد عن تشتت الذهن.. مفتاح السعادة
أظهرت دراسة أمريكية جديدة أنه حين يتشتت ذهن المرء عند القيام بمهمة أو نشاط، يكون أقل سعادة منه حين يكون مركّزاً تماماً فيما يفعله. وقالت الدراسة: «إن الذهن عادة ما يتشتت عما نفعله إذ ينشغل بالأمور التي حدثت وستحدث قد تحدث، وهو أمر يميّز البشر»، ولكنها أشارت إلى أن تشتت الذهن الإدراكي يكلّف المرء سعادته. شارك 2250 شخصاً في الدراسة - مستخدمين تطبيقاً يتم إنزاله على هاتف «آي فون» - وطلب منهم أن يتحدثوا عما يفعلونه وإذا كانوا يفكرون بأمور أخرى غير ما يفعلونه، وما إذا كان ما يفكرون به إيجابياً مثل التفكير في قضاء عطلة، أو سلبياً مثل القلق على علاقة أو وضع مالي، أو ما إذا كانوا في وضع حيادي. وتبيّن أن المشاركين يقضون 47% من وقت الاستيقاظ وأذهانهم مشتتة. وتوصي الدراسة بأنه حين يشعر المرء أن ذهنه بدأ يتشتت عن النشاط الذي يقوم به، عليه أن يسعى للعودة إلى الحاضر لإبعاد نفسه عن التفكير بأمور مزعجة أو خطط فاشلة أو أخبار سيئة.
Read More

Selasa, 21 Disember 2010

Maha CintaMU


Subhanallah.. saat kesepian menghimpit ruang qalbuku, lantaran kehilangan sesiapa untuk kutumpangi beban yg kian mendarahdagingi aku, tetiba aku rasakan Kau hadir menyiram cinta yang hangat, terasa betapa nikmat berada dalam pelukanMu. Maha CintaMu nan tiada tara..Mahu saja aku meraung " jangan lagi lepaskan aku". Ya Allah! aku teramat malu kepadaMu lantaran selama ini mengejar cinta yang lain melebihi cintaMu, padahal aku tak pernah temui cinta seagung Maha CintaMu. Ya Allah! apakah selama ini aku telah melakukan dosa syirik dalam mendamba cinta? Sedangkan aku sedar dan aku telah membaca dan memahami ayat-ayatMu.. " Kataknlah (wahai Muhammad) jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada mencintai Allah dan rasulNya dan berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah mendatanggkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik".(al Taubah: 24) Bahawa tiada yang lebih Pengasih dan tiada yang lebih Penyayang melainkan Engkau. Pembenci bukan sekali sifatMu, tetapi mengapa aku masih mengharapkannya daripada manusia yang penuh dalam jiwanya sifat kebencian?

Aku bukan sesiapa yang punyai kudrat untuk menahan rakus mazmumah menodai fitrah nurani. Berkali-kali aku tersungkur.. lalu bangun dan tersugkur lagi. Setiap kali kurebah, jenuh lidahku melirik ingatan menyebut namaMu, tapi di kala aku mampu berdiri dan berlari, aku menjadi seorang pelupa dan lalai. Ya Allah.. kiranya Engkau rebahkan aku untuk hari-hari ke seterunya, rasanya itu terlebih baik untukku, kerana di saat aku kesakitan baru aku rasai kemanisan mencintaiMu.Ya Allah baru aku sedar bahawa Kau timpakan sesuatu ujian adalah kerana sayang, bukan kemurkaan. Cuma aku yang selama ini tidak sabar dan redha atas segala ketentuanMu, lantaran buta ma'rifat dan hakikat.

Ya Allah aku terlalu lemah untuk menyusuri jalan ke syurgaMu, maka Kau gagahilah aku untuk menjarak jalan ke nerakaMu...dan kuharapkan masih ada Maha CintaMu menyulam maghfirah atas segala ketelanjuranku.

Read More

Isnin, 15 November 2010

Islam...Dulu dan Kini


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah Swt kerana masih lagi mengekalkan kita sebagai seorang muslim hingga ke saat ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar sentiasa ditetapkan hati kita di dalam agama Islam.

Renungi hadis ini

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ (رواه مسلم)

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”

Sama-samalah kita renungi sirah nabi kita semasa baginda menyampaikan seruan wahyu Allah SWT.

Firman Allah SWT :

“maka sebarkanlah dengan apa yang telah diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang musyrik”. (Surah al Hijr;ayat 94)

Seruannya menimbulkan kehairanan kepada semua penduduk Arab Quraisy. Manakan tidaknya, mereka hidup di dalam kegelapan yang amat sangat. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan kepada mereka. Lalu syariat pernikahan yang menjaga keturunan dianggap pelik dan janggal. Arak yang merosakkan akhlak menjadi minuman harian seperti air kosong yang tidak memberikan apa-apa kesan. Judi dan riba yang mengcengkam kehidupan diamalkan dalam setiap detik kehidupan mereka.

Walaupun kehidupan mereka seperti neraka dunia dek kerana tiada hadaf hidup, mereka lebih selesa sedemikian kerana sudah biasa dan menjadi amalan nenek moyang mereka. Tiada sedikit pun terdetik di lubuk hati mereka untuk mencari tuhan yang sebenar dan mencari sebuah kehidupan yang sakinah.

Perintah tuhan rabbul ‘alamin untuk menyampaikan agama tauhid dibalas dengan cercaan dan maki hamun oleh kaum kerabat dan suku kaum baginda sendiri. Baginda diherdik dengan penghinaan. Tidak cukup dengan itu, badan baginda dijamah oleh batu dan najis yang dilemparkan oleh kaum Musyrikin dan baginda juga diancam bunuh. Sahabat baginda yang berjuang bersama-sama baginda turut sama dicerca, dihina dan dimaki bahkan diancam bunuh seperti baginda.

Selamilah penderitaan para sahabat baginda untuk mempertahankan kalimah tauhid. Bilal bin Rabah diseksa di tengah-tengah padang pasir oleh Umayyah Bin Khalaf kerana memeluk Islam, namun hanya kalimah أحد أحد أحد sahaja yang keluar dari mulutnya. Suhaib Bin Sinan diseksa oleh kaum Quraisy sehingga tidak sedarkan diri. Khabab bin Al Art diseksa dengan besi panas yang diletak di kepala dan belakangnya. Terlalu ramai sahabat baginda yang diseksa sehinggakan golongan bangsawan seperti Abu Bakar dan Osman Bin Affan diseksa kerana ingin meninggalkan Lata dan Uzza. Namun, keimanan mereka semua menjadi penghubung antara mereka dengan ALLAH.

Mereka tidak dapat melakukan amal ibadat secara terang-terangan. Tidak dapat menunaikan solat secara terang-terangan. Tidak dapat bersolat di Baitullah. Abdullah Bin Mas’ud dipukul sehingga berdarah mukanya kerana membaca Al-Quran di khalayak ramai. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya.

Ketabahan dan kebijaksanaan Rasulullah dan para sahabat menyampaikan risalah tauhid mempertautkan hati-hati golongan kuffar yang selama ini membenci Islam. Semakin ramai yang memeluk Islam. Islam menjadi agama yang kuat sehingga berjaya menakluki Andalus, Costantinople dan berjaya menakluki sehingga 2/3 dunia. Bermula dengan tertubuhnya negara Islam Madinah, sehinggalah zaman Umayyah, Abbasiyah dan Turki Utmaniyyah, Islam amat kuat dan disanjungi oleh negara lain.

And now, let’s look around us. Bagaimana keadaan Islam dan dunia sekarang……? Penuh dengan dusta dan nista. Dunia yang kita duduki telah tua. Hanya menunggu masanya.

Pernahkah kita berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dan mengamalkan ajaran Islam?

Ketika manusia jahiliyah sekarang kembali melakukan zina tanpa merasa takutkan ALLAH dan tanpa mengira siang dan malam.

Ketika arak dianggap seperti air mineral yang mampu menghilangkan dahaga.

Ketika kawan-kawan seakidah memilih untuk terus memukul bola golf biar pun sinar mentari menuju malam, namun kita yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman seagama yang ramai, pernahkah kita mengalami pengalaman seperti itu?

Ketika manusia tidak mementingkan sumber makanan yang diperolehinya sama ada halal atau haram. Hanya memikirkan cara untuk memenuhkan perut dan poket masing-masing.

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba kita yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah kita dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika kita pernah berasa asing, ditertawa, disinis, disindir dan diperlekeh kerana mempertahankan prinsip hidup yang selaras dengan tuntutan syarak, tunggulah berita gembira dari tuhan yang Maha Adil.

Firman Allah Subhanahu wa Taala :

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. [al-An’aam 6: 116]

Bersabarlah jika kita dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada kita memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Semoga redha dan kasih syang Allah bersama kita. InsyaAllah.

Read More

Sabtu, 9 Oktober 2010

selamat bersua...



assalamualaikum...

salam ukhuwwah buat sahabat-sahabat usrah imtiaz sekalian, ana doakan moga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping dengan tugasan harian kalian semua.

kali ini ana ambil kesempatan untuk jadi admin je, bukan penuh, tapi sekadar mengisi kekosongan yang ada.

alhamdulillah, ana rindu untuk buat usrah, tapi memandangkan ahli usrah semua busy ngan tugasan masing-masing, maka kita tak buat usrah lagi, insyaAllah jika adsa kesempatan kita akan buat usrah wida' dengan yang akan ke mesir.

untuk kali ini marilah sama-sama kita merenung sepotong ayat qur'an yang bermaksud " sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka sambungkanlah silaturahim diantara mereka" ayat ini menjelaskan kepada kita kita semua adalah bersaudara. maka kita kena hubungkan silaturahim yang terbina di antara kita. dari ayat ini ana tak perlu hurai panjang kerana ahli usrah kita semua dah faham akan kepetingan ukhuwwah. nilai ukhuwah yang sebena adalah bila kita bertemu kerana Allah, maka berpisah kita juga kerana Allah.

ana rasa cukup sekadar ini sahaja untuk kali ini, sehingga bertemu lagi di lain halaman.. siru ala barakatillah....
Read More

Ahad, 11 Julai 2010


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...