Sabtu, 9 Julai 2011

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.. Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hirarki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan, ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar bahkan gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira, terima dengan baik ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

Read More

Ahad, 12 Jun 2011

RINGKASAN BUKU ISLAM YANG KITA SERU KEPADANYA. DR YUSOF AL-QARODHOWI

ISLAM YANG KITA SERU KEPADANYA

v Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh sekular

1. Mereka mahukan orang islam hidup tanpa islam, jika masih ada ruh islam dalam diri muslim, cukuplah diamalkan sendirian oleh individu tersebut.

2. Mereka mahukan orang islam mengikut jejak langkah barat sedikit demi sedikit.

3. Mereka mahukan orang islam menerima bulat-bulat dan mengikuti kemajuan barat semuanya sekali samada baik ataupun buruk.

4. Mereka mahukan orang islam iltizam dengan islam sebagaimana yang ditafsirkan oleh mereka.

Inilah islam yang dikehendaki oleh orang sekular,mereka mahukan islam mengikut hawa nafsu mereka.

v Islam yang kita seru kepadanya merupakan agama yang unggul

1. Islam agama yang jelas, Al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama.

2. Kefahaman islam dan ijtihad sentiasa diperbaharui(tajdid) bagi menyelesaikan masalah semasa.

3. Syariat islam tidak menyempitkan sesuatu situasi.

Kita mampu menyelesaikan semua masalah yang berlaku pada hari ini dengan cara ijtihad islam yang soheh,dipandu oleh sirah orang terdahulu, beriltizam dengan Al-Quyran dan hadis serta melihat kepada peredaran zaman serta masalah yang berlaku dengan pandangan yang berbeza.

v Islam yang kita seru kepadanya.

1. Islam tanpa sebarang penambahan dan kecacatan

2. Islam yang tiada kekurangan padanya

3. Islam yang menyeluruh tanpa pembahagian dan pengecualian

4. Islam menjaga turutan dan menimbang diantara amalan.cth tidak memperlewatkan perkara yang perlu segera dan sebaliknya. Setiap amalan ada turutan dan peringkat.

Percanggahan muslimin.

Ø Pentingkan benda sunat dari benda wajib cth haji buat banyak kali tapi hutang x mahu bayar.

v Empat cara asas memahami islam

1. Ditujukan kepada diri =baiki diri dengan mantapkan iman dan tazkiyyah (bersih) diri.

2. Ditujukan kepada masyarakat = untuk bina keadilan dan kesempurnaan diantara

Manusia.

3. Ditujukan kepada pemerintahan = islam bina perundangan politik diataskeadilan dan syara’.

4. Ditujukan kepada alam = imarahkan bumi dan bina ketamadunan.

Keistimewaan tamadun islam

-Mempunyai hubungan langit dan bumi

-Mengikat dunia dan akhirat

-Mengikat akal dan hati

-Mengimbangi masalahindividu dan masyarakat

Islam datang untuk bina tamadun

-Islam mementingkan sudut ilmu, ekonomi, pertahanan, kesihatan dan segala sudut yang memberi kebaikan.

Wallahua’lam.

13.06.11

03.06am

Qoherah Mesir

Read More

Sabtu, 11 Jun 2011

KEJAYAAN ITU ANUGERAH

Keputusan Piala FA semalam amat mengecewakan hati setiap penyokong The Red Warriors, tinggal cuma beberapa saat sahaja masa perlawanan ditamatkan dengan Kelantan 1 Terengganu 0, tiba-tiba suatu keajaiban berlaku, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan di saat nyawa telah berada di halkum, dan lebih sadis lagi bila dalam masa tambahan Terengganu sekali lagi berjaya membolusi pertahanan Kelantan dan seterusnya berjaya menjulang piala FA musim ini.

Apapun yang lebih penting bagi kita adalah pengajaran di sebalik semua yang terjadi itu. Bahawa kejayaan itu adalah anugerah daripada Allah, bukannya ditentukan oleh ukuran kekuatan yang ada pada diri kita semata-mata. Kita diberi sedikit kuasa dan usaha oleh Allah untuk membuat apa sahaja persediaan dan kelengkapan untuk menghadapi apa sahaja ujian perjuangan. Selebihnya adalah doa dan tawakkal kepadaNya.

Pengalaman hidup di kampung sebagai anak petani sewaktu zaman kanak-kanak cukup jelas mengajar penulis untuk melihat dan menilai, setiap usaha yang dilakukan dengan penat dan lelah belum pasti menjanjikan kejayaan. Kami bermati-matian memerah keringat di bawah terik matahari, bertilamkan tanah berbumbungkan langit, mengusahakan tanah menam sayur, tembikai, tembakau dan apa sahaja mengikut musim. Tanaman tumbuh dengan subur, menghijau dan berbuah. Kami mula menghitung dan mengira untung jualan hasil tanaman. Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hasil tanaman hendak dituai, tiba-tiba Allah turunkan hujan dari langit mencurah-curah dan akhirnya menenggelamkan tanaman yang subur. Kami hanya berputih mata melihat apa yang terjadi tanpa berdaya menahan ketentuan. Rezki itu datangnya daripada Allah, bukan kita yang tentukan banyak atau kurang.

Sama halnya dalam kita belaajar dan menempuh peperiksaan. Boleh jadi kita sudah sedaya upaya berusaha, namun hasilnya tidak sebagaimana yang kita impikan.. ya kejayaan itu Allah jua yang tentukan.

Kita perlu bermuhasabah atas apa yang berlaku. Kadang-kaadang kita mudah merasa selesa bila melihat kejayaan sedang menghampiri, lalu kita lalai dengan rasa keselesaan itu. pada hal usaha dan kegigihan itu perlu berterusan hingga ke garisan penamat, seperti lakunya seorang pelari pecut yang pasti akan menggunakan semeksima kudrat yang ada di saat-saat menghampiri garisan penamat, sekalipun lawan telah jauh ketinggalan di belakang.

Perjuangan itu tidak pernah ada masa untuk rehat, setiap detik adalah waktu untuk bekerja, merancang dan memikirkan bagaimana untuk mencapai matlamat (goal) perjuangan. Semakin hampir kepada matlamat, semakin hebat tenaga dikerahkan. Hidup dalam perjuangan umpama pelari pecut di padang pertandingan. Namun di celah-celah usaha dan kerja yang dilakukan, kita perlulah mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menghalang kita tiba kepada matlamat, pastinya disebabkan tiada restu dan izin daripadaNya.

Banyak contoh daripada sirah dan sejarah, kerana tidak sabar dengan harta rampasan perang, pasukan pemanah yang ditempatkan di atas bukit Uhud telah meninggalkan tempatnya kerana menyangka tentera musuh telah kalah dan berundur, perkara yang menjadi sebab utama kekalah tentera Islam dalam Peperangan Uhud.

Begitulah halnya dalam kita melakukan amal kebajikan, jangan sekali-kali terdetik di dalam hati atau fikiran merasakan sudah cukup baik atau banyak yang telah kita lakukan. sebaliknya kita perlu terus berusaha melakukan amal kebajikan itu tanpa henti dan rasa cukup sehinggalah kita dipanggil menemui Allah.

Gerun dan gundah sekali saat kita membaca sedutan daripada sepotong hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:" Baginda menyebut tentang seorang lelaki yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga dia telah hampir kadar sejengkal sahaja lagi kepada syurga itu, tiba-tiba telah telah mendahuluinya akan suratan amalan, lalu beliau melakukan amalan ahli neraka lalu dia mati dan dicampakkan dia ke dalam neraka. Seorang lelaki lain pula beramal dengan amalan ahli neraka, lalu dia telah hampir kadar sejengkal sahaja lagi kepada neraka, tiba-tiba telah mendahuluinya akan suratan amalan, lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu ia mati dan ia telah dimasukkan ke dalam syurga".
Ya Allah! jadikan husnul khatimah penyudah dalam segala urusan kami, kejayaan dan kemenangan itu adalah milik mutlakMu.. maka kami mohon daripadaMu agar kami termasuk dalam golongan hamba-hambaMu yang berjaya di dunia dan akhirat.
Read More

Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah

PERTAMA — Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. Lima jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam itu ialah:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya

ii) Orang Munafiq yang membencinya

iii) Orang kafir yang mahu memeranginya

iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya

v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

KEDUA --- Menyentuh muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat suci:

i) Orang yang sentiasa bertaubat

ii) Orang yang ‘abid

iii) Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah Subhanahu Wata’ala

iv) Orang yang berpuasa atau berkelana

v) Orang yang rukuk dan sujud

vi) Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang munkar

vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah Subhanahu Wata’ala

KETIGA — Menghuraikan bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan-bekalan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dengan sabdanya:

i) Puasalah pada hari yang amat panas demi hari kebangkitan kelak

ii) Sembahyang 2 raka’at di malam yang gelap demi kelengangan kubur

iii) Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar

iv) Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dan memperkatakan yang bathil

v) Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap

KEEMPAT —Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga-moga mereka sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera tersebut ialah:

i) Mengenal Allah Subhanahu Wata’ala dan beriman kepadaNya

ii) Beribadah kepada Allah Subhnahu Wata’ala dan cenderung kepadaNya

iii) Mengingati Allah Subhanahu Wata’ala

iv) Takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala

v) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah Subhanahu Wata’ala

vi) Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala

vii) Redha

viii) Mengasihi Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam

ix) Mengasihi para sahabat Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam

Read More

Jumaat, 10 Jun 2011

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...