Sabtu, 16 Julai 2011

Kerana Riak

Kisah benar dari seorang rakan. Hanya sebagai perkongsian untuk sama-

sama kita renungi...

Aku sebagai seorang wanita, semuanya mahu nampak sempurna samada

pada pandang sendiri mahu pun orang lain. Apatah lagi di mana saja aku

pergi aku akan menjadi perhatian dan banyak menerima pujian. Sebagai

seorang wanita yang berkarier aku kena menjaga persenaliti dan image

syarikat. Ekoran dari perhatian orang lain pada aku, aku juga punyai sikap

sombong dan bangga diri. Sehinggalah aku membeli sebuah jam rolex yang

mahal yang mana menjadi kebanggaan, apa lagi bila ada yang menegur,

dan ada ketika sewaktu memakainya memang sengaja mahu menunjuk-

nunjuk.

Sehinggalah pada satu hari aku dapati jam itu yang aku simpan di dalam

laci boleh hilang, aku menjadi keliru bagaimana ia boleh hilang, sedangkan

di dalam bilik aku tiada siapa pun yang masuk, aku sentiasa teringatkan jam

itu, untuk membeli yang baru, aku dah rasa ralat. Aku cuma pasrah.

Setahun telah berlalu, pada satu hari ada new staff yang mulai bekerja

di bawah aku. Memang aku bersikap kasar dan sombong padanya. Walau-

pun sikit kesalahan dia buat aku akan memarahi dia walau pun di depan

staff yang lain. Tapi dia tak pernah melawan walau pun kesilapan dari

staff yang lain. Setiap kali aku memarahi dia, dia akan minta maaf kerana

dia kira bersalah. Dia di kenali sebagai "S". Tapi apa yang aku perhatikan

S di sukai staff-staff yang lain, kerana suka membantu, S agak pendiam,

tak banyak bercakap.

Pada suatu pagi aku ternampak S keluar dari surau, S memberi salam

pada aku, sebenarnya sejak aku bekerja di sini tak pernah menerima salam,

dari sesiapa pun walau pun dari orang bawahan aku. Lantas aku bertanya

apa yang S buat pagi-pagi kat surau. Dengan teragak-teragak untuk

memberitahu yang beliau solat sunat. Tapi sejak S bertugas di department

aku setiap hari tika masuk kerja dia akan memberi salam pada semua dan

good morning pada bangsa lain. Sebelum ni masing-masing dengan hal

sendiri. Leka dengan tugas tanpa mempedulikan orang lain. Dan juga

S kerap juga membawa kuih untuk sarapan pagi, ini membuatkan hubungan

S bertambah rapat dengan staff yang lain.

Sejak itu perhatian aku tertumpu pada S, seorang wanita yang bersopan

santun, lemah lembut, suara yang lunak dan mempunyai rupa paras.

Kebanyakan senang dengannya termasuk vendors dari luar negara yang

berpuas hati dengan hasil kerja S.

Sebelum aku tidur aku selalu fikirkan tentang S, orangnya penyabar, tidak

seperti aku, bila agaknya aku akan berubah perangaiku. Satu hari aku

mengajak S keluar makan, dia tak tolak, aku tahu aku waktu tu berpakaian

sexy, dan S berbaju kurung bertudung. Kebetulan hari jumaat. Aku kagum

melihat sifat S, sebelum masuk kereta membaca bismillah....juga ketika

masuk membuka pintu cafe membaca bismillah. Walau pun S nampak

moden dan dapat pendidikan di luar negara, tapi sifat wanita ketimuran

terserlah. Malah aku lihat pakaiannya lebih bersopan dari sfaff melayu

yang banyak tidak bertudung. Tentang diri aku usah cakaplah, sejak

aku berada diluar negara dan jadi seperti minah orang barat.

Hampir enam bulan aku sering mengajak S keluar makan, S tak pernah

menegur tentang apa yang aku pakai, tapi aku seringkali terlihat ada

buku agama diatas mejanya dan aku akan pinjam, sehinggalah satu

hari S menghadiahkan buku asas fardhu ain pada aku. Selepas setahun

berlalu aku mulai berubah, sehinggalah hati aku teringin untuk ke tanah

suci. Dan sebelum aku ke tanah suci banyak yang aku pelajari, terutama

dari sifat S yang banyak merubahkan hidup aku. Aku mulai mendekatkan

diri pada Allah. Aku juga telah ceritakan pada S tentang kehilangan

jam aku, S cuma berkata, buat solat hajat dan pohon pada Allah,

insya-Allah kiranya menjadi milik kita pasti akan kembali pada kita.

Sebelum aku berangkat ke tanah suci, salah satu doaku adalah kiranya

jam yang telah hilang masih menjadi rezeki aku, kembalikan pada aku.

lagi pun aku pasti jam itu masih berada dalam rumah. Syukur pada

Allah selang beberapa hari sebelum aku pergi kerja untuk mengambil

kunci kereta dalam laci aku terpaku jam yang hilang ada di dalam laci.

Aku begitu terharu sehingga menitis air mata, betapa Maha Agung Allah,

Maha Pengasih telah menerima doa aku. Ya aku mahu menjadi wanita

solehah, memang susah untuk berubah, kena kuatkan semangat. Aku

bersyukur kerana di temukan Allah dengan S yang mana telah membuat

aku mulai melalui jalan yang lurus. Tapi sayangnya S telah berhenti kerja,

kerana mendapat tawaran yang lebih baik.

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan

janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak

menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...