Khamis, 29 Mac 2012

Nikmat Mata & Penglihatan


Assalamualaikum w.b.t

SubhanAllah...sungguh menakjubkan ciptaan Allah s.w.t. ini. Memang tidak boleh nak  difikirkan dengan logik akal kita manusia....jadi, kita sepatutnya bersyukur sangat-sangat kerana ada mata yang sihat dan berfungsi sepenuhnya...ia adalah satu anugerah tuhan yang sungguh berharga....

Akan tetapi, anugerah yang amat berharga ini tidak hanya diberikan Allah SWT kepada kita semua tanpa sebarang tujuan. Sebagaimana Allah SWT anugerahkan akal kepada kita untuk memikirkan tentang kejadian alam ini yang terbentang luas, begitu jugalah Allah SWT kurniakan mata sebagai organ penglihatan kepada kita untuk memerhatikan kekuasaan dan kehebatannya.

Firman Allah SWT:
أَلَمْ نَجْعَل لَّهُ عَيْنَيْنِ
(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) Al Balad : 8

Islam telah memberikan garis panduan untuk menggunakan setiap nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT. Begitu jugalah halnya dengan nikmat mata.

Menangislah kerana takutkan Allah
Menjaga pandangan mata dari memandang hal-hal yang diharamkan oleh Allah merupakan akhlak yang mulia, bahkan Rasulullah menjamin masuk syurga bagi orang-orang yang salah satu dari sifat-sifat mereka adalah menjaga pandangan.

Abu Umamah berkata,”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اُكْفُلُوا لِي بِسِتٍ أَكْفُلْ لَكُمْ بِالْجَنَّةِ, إِذَا حَدَّثَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَكْذِبْ, وَ إِذَا اؤْتُمِنَ فَلاَ يَخُنْ, وَ إِذَا وَعَدَ فَلاَ يُخْلِفْ, غُضُّوْا أَبْصَارَكُمْ, وَكُفُّوْا أَيْدِيَكُمْ, وَاحْفَظُوْا فُرُوْجَكُمْ

“Berilah jaminan padaku enam perkara, maka aku jamin bagi kalian syurga. Jika salah seorang kalian berkata maka janganlah berdusta, dan jika diberi amanah janganlah khianat, dan jika dia berjanji janganlah menyalahi janjinya itu, dan tundukkanlah pandangan kalian, cegahlah tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang lain), dan jagalah kemaluan kalian.” Hr.At-Thabrani

Gunalah nikmat penglihatan yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita untuk menikmati alam ciptaanya ini. Betapa indahnya alam ini!!! Subhanallah...Maha Sucimu Ya Allah..


Sedikit info tentang mata.

1.        Bola mata adalah organ yang paling unik dan kompleks yang anda miliki sesudah otak anda.

2.        Mata terdiri dari 12 juta bahagian perangkat kerja.


3.       Mata mampu memproses 36.000 byte maklumat setiap jam.

4.       Pada keadaan normal, mata bisa membezakan cahaya lilin pada jarak 14 mil


5.       Mata mempunyai sumbangan sebanyak 85 % dari jumlah kepintaran kita.

6.       Anak mata kita mempunyai akses 65 % ke otak berbanding organ lain.


7.        Mata dapat  merangsang dengan cepat ratusan gerakan otot halus dan organ dalam  tubuh kita ketika kita melihat sesuatu.

8.       Dalam keadaan normal, mata anda mampu memanjakan anda dengan hampir 24 juta gambar warna-warni di sekeliling anda.


9.        Otot-otot luar yang menggerakkan bola mata merupakan otot terkuat bagi pekerjaan yang mereka lakukan. Otot itu bahkan mampu menjadi 100 kali lebih kuat.

10.    Uniknya bola mata orang dewasa berdiameter 1 inci. Dari jumlah luas bola mata, hanya satu perenam saja yang kelihatan dari depan.


11.   Mata merupakan organ  yang mampu bekerja 100 % setiap hari jika anda menghendaki, siang dan malam tanpa istirehat. Kelopak mata anda memerlukan  istirehat, otot-otot luar mata anda memerlukan istirehat, tapi bola mata anda tidak memerlukan istirehat . Tapi tolong.....rehatkan mata anda.

afa alfasi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...