Kuskus Couscous الكُسْكُس
Assalamualaikum
w.b.t
Apa
khabar semua sahabatku? Harap-harap semua sihat dan ceria selalu. InsyaAllah
untuk entry pada kali ini kita akan turun ke dapur pula. Kita
akan berkongsi satu resepi yang sangat-sangat popular di Maghribi. Namanya :
Kuskus Couscous الكُسْكُس
Kuskus merupakan salah satu
makanan tradisional yang sangat popular di Maghribi hingga ke hari ini. Orang
Maghribi pada masa dahulu menjadikan Kuskus sebagai menu makan malam mereka.
Akan tetapi, Kuskus pada hari ini sangat popular dihidangkan pada hari Jumaat
sebagai menu tetap makan tengah hari hampir
setiap keluarga.
Pada masa dahulu, beras kuskus
dibuat secara manual. Beras kuskus diperoleh dari gandum dengan cara yang unik
melalui beberapa proses. Akan tetapi, bagi mereka yang suka mencuba sesuatu
masakan yang baru tidak perlu bersusah payah memproses beras ini kerana ia
mudah didapati pada hari ini. (tapi tak pasti di Malaysia mudah didapati atau
tidak)
beras kuskus |
Kuskus dimasak dengan cara
yang sangat unik dan menggunakan peralatan memasak yang khusus. Bagi para
sahabat yang ingin mencuba menu ini, di bawah diselitkan bahan-bahan dan cara
menyediakannya.
Cadangan hidangan : 3-4 orang.
Bahan-bahan :
500g beras
kuskus
500g daging
atau ayam (ikut cita rasa masing-masing)
500g lobak merah
500g lobak putih
200g labu
500g kubis
salah satu jenis sayur yang digunakan : zukini |
2 zukini
(sejenis labu kecil seakan-akan mentimun)
1 cawan
kacang kuda yang telah direndam
2 biji
tomato yang telah dikupas kulit
1 labu
bawang
1 sudu
kecil mentega
1 sudu
kecil lada hitam
1 sudu
kecil za’faron (pewarna)
bekas pengukus |
1 sudu
kecil halia
Cara Penyediaan:
Bahagian Pertama (daging/ayam dan sayur-sayuran)
1. Masukkan daging/ayam, bawang, minyak dan
rempah-rempah ke dalam periuk dan masak sebentar sehingga warna bawang berubah
menjadi kuning.
2. Masukkan sayur-sayur yang telah dibasuh dan air
yang mencukupi agar dapat menenggelamkan sayur-sayur tersebut. ( Zucini dan
labu dimasukkan kemudian untuk mengelakkan terlalu masak kerana ia mengambil
masa yang sekejap untuk masak).
Bahagian kedua (Cara memasak beras kuskus)
gosok macam ni ye |
1. Masukkan beras kuskus ke dalam bekas dan taburkan 1/4 liter
air garam dan asingkan beras kuskus tersebut dengan menggosok secara perlahan
menggunakan tapak tangan anda. Selepas itu, tambahkan dua sudu kecil minyak.
2. Masukkan beras kuskus ke dalam pengukus dan
letakkan pengukus tersebut di atas periuk yang sedang mendidih airnya. Air yang
mendidih akan mengeluarkan wap. Biarkan wap tersebut keluar melalui bahagian
atas pengukus tersebut.
3. 3. Setelah wap tersebut keluar, angkat beras kuskus
tersebut dan letakkannya di dalam bekas yang besar. Gosok beras kuskus tersebut
buat kali kedua dengan menggunakan tapak tangan anda secara perlahan.
4. 4. Percikan 2 atau 3 senduk air sejuk ke atas beras kuskus
dengan perlahan, asingkan beras kuskus tersebut dan biarkan selama lebih kurang 15
minit. Selepas itu, biarkan beras kuskus di atas pengukus sekali lagi selama
setengah jam.
5. 5. Ulang langkah yang ke empat, tapi gunakan minyak
zaitun dan satu sudu kecil mentega dan biarkan kuskus di atas pengukus sehingga
wap kembali keluar melalui pengukus tersebut.
6. Siap dihidang.
Ini la hasilnya. Siap untuk dimakan |
Hidangkan kuskus di dalam mangkuk yang besar,
bentukkan lubang di tengah kuskus tersebut untuk diletakkan daging/ayam di dalamnya. Kemudian,
hias sayur-sayuran yang dimasak awal tadi di atas kuskus.
Selamat mencuba.(^_^)
salam. isk susah gak ye nak masak kuskus ni. punya le excited beli tapi baru tahu susahnya masak...
BalasPadam