Kelebihan Surah Al-Kahfi
Assalamualaikum w.b.t
Terdapat
beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi
wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di
antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah
al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai
kebaikan surah al-Kahfi:
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau
berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca
surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAHterangi ia dengan cahaya diantara
dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan
Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa
membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga
lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal
sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”
(Al-Dhurr
al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa
yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung
daripada dajjal”.
(HR Muslim 809)
Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi
mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah
Makkiyah. Di dalamnya terdapat
mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara
cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah
beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu
oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan
sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan
kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan
oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga
mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’
ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat
penting. Antara asbab turunnya beberapa
ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam
ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi,
kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.
Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak
menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan
tersebut. Selepas beberapa ketika dan
agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali
jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
Moga bermanfaat untuk semua!!!
Credit to:
ustazazhar.net
Banyak kelebihan surah alkahfi akan tetapi masyarakat kita lebih memilih utk mmbaca surah yasin sedangkan Rasulullah SAW menggalakkan kita supaya membaca alkahfi pada malam jumaat..
BalasPadam