Selasa, 13 September 2011

Muhasabah Diri Di Idilfitri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Telah dua minggu Ramadhan 1432H meninggalkan kita…sedar tak sedar..hari ni dah masuk 15 Syawal 1432H. Mungkin masih ada sahabat-sahabat usratulimtiaz yang masih lagi meraikan Syawal ini sama ada di sekolah, universiti mahupun di pejabat.

Dalam keghairahan kita menyambut Hari Raya, saya ingin mengajak semua sahabat usratulimtiaz untuk bertanya kepada diri kita sendiri :

“Selepas Madrasah Ramadhan berlalu pergi, adakah amalan soleh kita semasa Ramadhan dapat kita teruskan??? Adakah kita menjadi lebih baik berbanding sebelum Ramadhan????”

Mari kita bandingkan amalan-amalan kita di bulan Ramadhan dan amalan-amalan kita sekarang…..

-Dalam bulan Ramadhan kita rajin solat malam, tapi sekarang adakah kita masih mampu bangun berqiamullail????

-Dalam bulan Ramadhan kita rajin solat berjemaah di masjid, tapi sekarang berapa kalikah kita mampu ke masjid untuk berjemaah??

-Kita rajin membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan, paling tidak satu juzuk sehari atau lebih. Tapi sekarang, berapa helai dalam sehari kita dapat membaca Al-Quran???

- Kita banyak berdoa dalam bulan Ramadhan, sentiasa meminta keampunan dariNya, minta dimurahkan rezeki, dilepaskan dari azab neraka dan sebagainya. Tapi sekarang adakah kita selalu berdoa kepadaNYa???

- Dalam bulan Ramadhan, kita berjaya kurangkan tengok TV, buat perkara yang sia-sia. Tapi sekarang mengapa masa tengok TV, main game dan masa bermukabuku lebih banyak dari masa membaca Al-Quran dan ibadat-ibadat lain???

-Dalam bulan Ramadhan kita banyak bersedekah. Tapi sekarang adakah kita mempu mengekalkan sedekah seperti di bulan Ramadhan??

- Dalam bulan Ramadhan, kita mampu kawal nafsu….tapi sekarang bagaimana???

- Dalam bulan Ramadhan, kita banyak buat amalan-amalan sunat. Tapi sekarang mengapa ditingalkan amalan-amalan tersebut??? Ruginya!!!!

Inikah yang dikatakan kejayaan dalam mengharungi madrasah Ramadhan selama sebulan?

Banyak yang kita perlu muhasabah sele[as berlalunya Ramadhan.

Renungi keadaan diri kita masing-masing…..Adakah kita sekarang lebih baik atau lebih teruk berbanding kita semasa bulan puasa yang lepas????

Renungilah kata-kata Saidina Umar,

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab kelak

Sempena Syawal ini, sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan, berusahalah kekalkan amalan-amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan, jangan biarkan ia lenyap dek masa dan dosa yang merugikan diri kita.

Walaupun sudah terlambat, tidak salah kiranya saya ingin mengucapkan “ Eid Mubarak Sa3ed, Taqabbalallahu minna wa minkum.

Sama- samalah kita berubah ke arah kebaikan & menjadi insan yang berbakti kepada agama kita yang tercinta…ISLAM.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...