Talqin Buat Hatiku Yang Mati
Detik malam nan sepi begini adalah ruang kondusif untuk aku bermonolog.. mengintai segala cacat cela diri yang terselindung di balik tabir ujubku. Kekasih.. hanya Engkau Maha Menoleh buruk dan busuknya aku.. namun aku yakin Kau tak pernah mmembenci.. kerana kebencian tidak tercatat dalam bilangan nama-namaMu. Cuma aku yang selalu lupa mensyukuri.
Hati.. kaulah raja yang ditaatsetia oleh segala anggota, putih katamu maka putihlah kata mereka. Bila nafsu ammarah telah menjadi penasihatmu, kau jarang sekali mengendahkan teguran iman dan nasihat akal. Jasadku hanyalah sebuah kapal yang sedang meredah perjalanan di laut kehidupan menuju pulau kematian. Maka kaulah nakhoda dan segala anggota menjadi anak-anak kapal yang saban masa menunggu arahan daripadamu.
Hati... mengapa kau sering ketawa, sehingga airmataku menjadi beku tak bisa menitis membasuh najis dosa. Aku ingin sekali mengubahmu menjadi selembut air yang mampu membasah setiap inci jiwaku... atau menjadi sehalus udara yang bisa menyentuh setiap ruang naluriku.
Hati... sampai bila harus kau biarkan Ammarah bertakhta di singgahsanamu? Sedang Iman dan Taqwa terpasong di penjara. Kau telah butakan mataku sehingga aku tak mampul membeza antara teman dan seteru. Kau juga telah rosakkan akal pertimbanganku sehingga aku menjadi dangkal untuk memilih antara cahaya dan kegelapan.
Ya Allah.. antara ciptaanMu yang maha adiwarna Kau telah ciptakan hati untuk manusia.. agar dia menjadi jauh istimewa daripada segala ciptaan. Namun di kala Kau takdirkan hati itu rosak musnah, maka manusia itu boleh menjadi seburuk2 makhluk ciptaan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " bahawa di dalam jasad manusia itu ada segumpal darah, sekiranya ia elok maka eloklah seluruh jasad itu, dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad tersebut, itulah hati."
Ya Allah! aku tak pernah lelah berpuasa, namun nafsuku tidak pernah kenyang melahap dosa. Aku telah lelah menadah doa, namun Ammarah tidak pernah jemu memujuk goda. Imanku terbujur lesu di tandus pengabdian. Akalku terapong di awanan tiada tanah untuk dipijak, tiada dahan utukku bergantung harap... kecuali padaMu Maha Pengasih.. harapan terakhirku, sebelum kapalku tiba di pulau kematian.
Ya Allah! Berikan aku obor hidayat.. agar tersuluh jalan benar menuju akhirat.
oleh أبو عبدالله محمد

0 comments: