Selasa, 31 Januari 2012

Konsep Al - Wasatiyyah jangan jadi kebatilan - Presiden PAS

Konsep Al - Wasatiyyah jangan jadi kebatilan - Presiden PAS

0 comments:

Jom pakat meriahkan usrah kita..!


Abuabdillah Mohamad @ ba

0 comments:

Sabtu, 28 Januari 2012

AKU DAN USRATULIMTIAZ (Sebuah Muhasabah Buat Diriku dan Semua Ahli Usratulimtiaz)

Maaf andai tulisan ini sedikit mengguris rasa pembaca di kalangan ahli Usratulimtiaz yang aku cintai. Apa yang mendesak aku menulis di ruangan ini tiada lain kecuali rasa cinta dan sayangku terhadap kalian.
Usratulimtiaz.. jika ianya berada pada seorang manusia, usianya sedang mencapai kemuncak remaja.. 19 tahun. Seusia itulah aku menghabiskan masaku bersama ahli-ahli yang silih bertukar ganti, mendidik dan mentarbiah semampu terdaya, menyemai akrab persahabatn dan ukhuwwah filLah. Andaikan ianya sebuah catatan sejarah, pasti sudah beribu lembaran kartu telah tertulis. Sayangnya ia hanya tersimpan di kamus ingatan kita yang hakikatnya kian terhakis hari demi hari. Entah berapa ramai ahli yang telah berjaya dan meninggalkan Usratulimtiaz kerana meneruskan pengajian, dan sudah berapa ramai pula yang telah bekerja, berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri. Lalu Allah gantikan dengan ahli-ahli baru untuk meneruskan kelangsungan hayatnya hinggalah ke saat ini. 
Sebagai mas'ul yang selama ini bertanggungjawab mengemudi bahtera Usratulimtiaz, adakalanya naluriku diketok kesedihan mengenangkan sahabat-sahabat yang telah pergi kerana meneruskan perjuangan.

Selamat Berjuang Sahabatku
Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

Namun daripada puluhan yang pergi, hanya beberapa orang ikhwah yang masih setia bersama usrah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah untuk ahli-ahli yang baru. Selebihnya menyepi dan tenggelam dalam kehidupan yang mereka bina.
Sesungguhnya kerja dakwah adalah perjalanan yang tak pernah ada perhentian, mengalir seperti arusnya sungai dari hulu menghilir ke muara, dari muara terus ke laut. Dalam perjuangan mendokong dakwah dan risalah ini kita pasti akan diuji. Antara ujian yang pasti kita depani adalah ujian kebendaan dan anak pinak (keluarga). Allah berfirman yang bermaksud:
   
" dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."  al_Anfaal:28

Kita tidak akan lekang daripada kesibukan kerja atau menjaga anak keluarga sehinggalah nyawa kita tercerai daripada badan. Tetapi inilah yang selalu menjadi alasan untuk kita menguzurkan diri daripada kerja-kerja dakwah. Kerana kita sendiri tidak pernah meletakkan amal Islami itu menjadi agenda nombor 1 dalam kehidupan harian kita. Lebih dahsyat lagi jika kita hanya melakukannya sekadar kerja lapangan di saat kita tidak ada sesuatu untuk dilakukan. Ingatlah wahai sahabat, apakah Allah tidak akan tanya kita di akhirat kelak tentang apakah yng kita sumbangkan untuk Islam? Pada masa itu kita tidak dapat lagi mencipta alasan sebagaimana yang kita sering lakukan semasa hidup di dunia.

Marilah kita sama-sama kembali menyusuri sirah Rasulullah saw, kisah 3 orang sahabat iaitu Ka'ab Ibn Malik, Murarah Ibn ar Rabi'e dan Hilal Ibn Abi Umayyah yang telah ketinggalan dalam perang Tabuk. Dalam peperangan ini Allah telah menguji orang-orang Islam dengan musuh yang ramai, perjalanan yang jauh, cuaca musim panas yang hangat dan kering dan musim kebun-kebun tamar yang sedang masak dan sedia untuk dipetik. Ka'ab tidak sempat membuat persediaan untuk pergi berperang kerana asyik melihat kebun tamarnya yang sedang meranum menyebabkan dia telah ketinggalan dari perang Tabuk. Sedangkan Ka'ab tidak pernah ketinggalan di dalam peperangan-peperangan sebelumnya kecuali pada Perang Badar. 

Semasa dalam peperangan Rasulullah telah bertanyakan para sahabat tentang Ka'ab: " apakah yang sedang dibuat oleh Ka'ab ibn Malik?" Lalu menjawab seorang lelaki daripada Bani Salimah: "Wahai Rasulullah, dia sedang berihat dengan isterinya". Muaz Ibn Jabal lantas menyatakan: "Alangkah buruknya kata-kata engkau, demi Allah wahai Rasulullah kami tidak pernah mendengar daripada Ka'ab kecuali kebaikan". Rasulullah hanya diam dan tidak berkata apa-apa.

Setelah Rasulullah dan tentera Islam kembali ke Madinah selepas selesainya perang Tabuk, lebih kurang 80 orang lelaki yang kebanyakannya daripada golongan munafiqun yang tidak menyertai perang Tabuk datang berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memohon maaf dengan mengemukakan berbagai alasan. (golongan yang suka mencipta alasan adalah golongan yang ada sifat-sifat orang munafiq). Sedang Ka'ab, Murarah dan Hilal tidak mencipta apa-apa alasan, mereka tidak mahu membohongi Rasulullah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan munafiq itu.

Mereka bertiga telah dihukum dengan cara dipulau, tidak ada orang yang boleh bercakap dan berhubung hatta untuk berjual beli sekali pun. Ka'ab menceritakan bahawa ketika dia memberi salam kepada Rasulullah, dia tidak pasti samada bibir Rasulullah bergerak atau tidak untuk menjawab salamnya dan Rasulullah selalu memaling mukanya bila aku cuba menatap wajah baginda.

Suatu hari datang seorang lelaki dari Syria membawa utusan Raja Ghassan yang ditulis di atas sehelai kain sutera. Surat itu berbunyi: 
"Kami mendapat berita yang Muhammad dan sahabat-sahabat tuan memulau tuan. Oleh itu datanglah ke negeri kami, kami pasti akan membantu tuan".
Sesudah membaca surat tersebut Ka'ab merasakan tawaran daripada golongan musyrik ini merupakan satu lagi bala lalu dia terus membakar surat tersebut.

Pemulau tersebut berpanjangan sehingga 40 hari, dan pada hari ke 40 datang utusan daripada Rasulullah memerintahkan sepaya meraka bertiga hendaklah tinggal secara berasingan dengan isteri-isteri mereka. Begitulah hukuman yang terpaksa mereka tanggung dengan sabar dan mengharap keampunan dari Allah. Isteri Hilal menyatakan kepada Rasulullah bahawa suaminya tidak pernah berhenti-henti mengalirkan airmata dan dia bimbang Hilal akan kehilangan penglihatanya. Sehingga sampailah hari yang ke 50, selepas solat Subuh datanglah perkhabaran gembira bahawa taubat mereka telah diterima Allah swt.

Allah berfirman yang bermaksud:
" dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka)  hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit terasa oleh mereka, serta mereka merasakan tidak ada pelindung daripada siksa Allah kecuali kepadaNya jua. Kemudian Allah menerima taubat mereka, sesungguhnya Allahlah yang maha menerima taubat lagi maha penyayang."  al-Taubah: 118

Ikhwah sekelian, siapakah kita jika hendak dibandingkan dengan Ka'ab? Kita bukan sekali, bukan dua kali dan bukan tiga kali... tapi kita berkali-kali malah setiap kali mencipta alasan untuk  menguzurkan diri darpada 'amal Islami. Jangan sampai kita tergolong di kalangan mereka yang munafiq..na'uu zubillah.
 
Kita baru hanya diuji dengan kebendaan, masa dan kelaurga, kita belum lagi ditimpa dengan penyeksaan dan keperitan sebagaimana yang telah ditimpa ke atas para pejuang Ikhwan Muslim di Mesir, atau para pejuang di bumi Palestin dan  seumpamanya. Begitu rapuh nilai perjuangan kita sedang kita tidak malu-malu mengharapkan Syurga Allah.

Ikhwan yang aku cintai, marilah kita berbai'ah dan beristiqomah di atas jalan dakwah ini. Janganlah sekali-kali cuba untuk memencilkan diri daripada jemaah ini. Ingatlah sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
" Sesungguhnya Syaitan itu merupakan serigala kepada manusia, seperti halnya serigala dengan kambing. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil daripada kempulannya".

Aku suka memetik kata-kata asSyahid Hasan Al Banna kepada para Ikhwan Muslimun: 
" Aku tidak bimbang akan kalian daripada ancaman Inggeris, Amerika dan selainnya, tetapi aku bimbang akan kalian disebabkan diri kalian sendiri. Apabila kalain derhaka kepada Allah, kemudian Allah membiarkan kalian. Atau kalian berpecah belah dan tidak bersatu, hingga habislah masa kalian dengan perselisihan itu."

Jadikanlah kerja untuk Islam itu mendahului dari segala urusan peribadi kalian. Semoga kita menjadi suatu mata rantai perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar.

catatan : abuabdullah @ ba

1 comments:

Rabu, 25 Januari 2012

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” - (Al-Mukmin: 60).

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.
Imam Al-Ghazali berkata:
“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.

Orang yang takbur mereka lupa  bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim:
Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

-Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
-Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
-Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
-Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW

“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)

-Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain

Cara untuk mengubat

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

Sebagai ahli PAS hendaklah mesti bersikap rendah diri sama ada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli PAS, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia  perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan  ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh PAS kepada orang luar. Sekiranya  ahli dan pemimpin  PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.

Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa  dan rasa bangga diri.

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh  PAS. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap  sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah s.w.t

“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)

Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

Juga sabdanya s.a.w.:

“Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.”

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain” (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.
Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...