AKU DAN USRATULIMTIAZ (Sebuah Muhasabah Buat Diriku dan Semua Ahli Usratulimtiaz)
Maaf andai tulisan ini sedikit mengguris rasa pembaca di kalangan ahli Usratulimtiaz yang aku cintai. Apa yang mendesak aku menulis di ruangan ini tiada lain kecuali rasa cinta dan sayangku terhadap kalian.
Usratulimtiaz.. jika ianya berada pada seorang manusia, usianya sedang mencapai kemuncak remaja.. 19 tahun. Seusia itulah aku menghabiskan masaku bersama ahli-ahli yang silih bertukar ganti, mendidik dan mentarbiah semampu terdaya, menyemai akrab persahabatn dan ukhuwwah filLah. Andaikan ianya sebuah catatan sejarah, pasti sudah beribu lembaran kartu telah tertulis. Sayangnya ia hanya tersimpan di kamus ingatan kita yang hakikatnya kian terhakis hari demi hari. Entah berapa ramai ahli yang telah berjaya dan meninggalkan Usratulimtiaz kerana meneruskan pengajian, dan sudah berapa ramai pula yang telah bekerja, berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri. Lalu Allah gantikan dengan ahli-ahli baru untuk meneruskan kelangsungan hayatnya hinggalah ke saat ini.
Sebagai mas'ul yang selama ini bertanggungjawab mengemudi bahtera Usratulimtiaz, adakalanya naluriku diketok kesedihan mengenangkan sahabat-sahabat yang telah pergi kerana meneruskan perjuangan.
Selamat Berjuang Sahabatku
Malam
Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya
Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya
Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya
Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita
Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan
Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya
Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya
Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya
Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita
Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan
Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan
Namun daripada puluhan yang pergi, hanya beberapa orang ikhwah yang masih setia bersama usrah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah untuk ahli-ahli yang baru. Selebihnya menyepi dan tenggelam dalam kehidupan yang mereka bina.
Sesungguhnya kerja dakwah adalah perjalanan yang tak pernah ada perhentian, mengalir seperti arusnya sungai dari hulu menghilir ke muara, dari muara terus ke laut. Dalam perjuangan mendokong dakwah dan risalah ini kita pasti akan diuji. Antara ujian yang pasti kita depani adalah ujian kebendaan dan anak pinak (keluarga). Allah berfirman yang bermaksud:
" dan ketahuilah bahawa harta
benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di
sisi Allah jualah pahala yang besar." al_Anfaal:28
Kita tidak akan lekang daripada kesibukan kerja atau menjaga anak keluarga sehinggalah nyawa kita tercerai daripada badan. Tetapi inilah yang selalu menjadi alasan untuk kita menguzurkan diri daripada kerja-kerja dakwah. Kerana kita sendiri tidak pernah meletakkan amal Islami itu menjadi agenda nombor 1 dalam kehidupan harian kita. Lebih dahsyat lagi jika kita hanya melakukannya sekadar kerja lapangan di saat kita tidak ada sesuatu untuk dilakukan. Ingatlah wahai sahabat, apakah Allah tidak akan tanya kita di akhirat kelak tentang apakah yng kita sumbangkan untuk Islam? Pada masa itu kita tidak dapat lagi mencipta alasan sebagaimana yang kita sering lakukan semasa hidup di dunia.
Marilah kita sama-sama kembali menyusuri sirah Rasulullah saw, kisah 3 orang sahabat iaitu Ka'ab Ibn Malik, Murarah Ibn ar Rabi'e dan Hilal Ibn Abi Umayyah yang telah ketinggalan dalam perang Tabuk. Dalam peperangan ini Allah telah menguji orang-orang Islam dengan musuh yang ramai, perjalanan yang jauh, cuaca musim panas yang hangat dan kering dan musim kebun-kebun tamar yang sedang masak dan sedia untuk dipetik. Ka'ab tidak sempat membuat persediaan untuk pergi berperang kerana asyik melihat kebun tamarnya yang sedang meranum menyebabkan dia telah ketinggalan dari perang Tabuk. Sedangkan Ka'ab tidak pernah ketinggalan di dalam peperangan-peperangan sebelumnya kecuali pada Perang Badar.
Semasa dalam peperangan Rasulullah telah bertanyakan para sahabat tentang Ka'ab: " apakah yang sedang dibuat oleh Ka'ab ibn Malik?" Lalu menjawab seorang lelaki daripada Bani Salimah: "Wahai Rasulullah, dia sedang berihat dengan isterinya". Muaz Ibn Jabal lantas menyatakan: "Alangkah buruknya kata-kata engkau, demi Allah wahai Rasulullah kami tidak pernah mendengar daripada Ka'ab kecuali kebaikan". Rasulullah hanya diam dan tidak berkata apa-apa.
Setelah Rasulullah dan tentera Islam kembali ke Madinah selepas selesainya perang Tabuk, lebih kurang 80 orang lelaki yang kebanyakannya daripada golongan munafiqun yang tidak menyertai perang Tabuk datang berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memohon maaf dengan mengemukakan berbagai alasan. (golongan yang suka mencipta alasan adalah golongan yang ada sifat-sifat orang munafiq). Sedang Ka'ab, Murarah dan Hilal tidak mencipta apa-apa alasan, mereka tidak mahu membohongi Rasulullah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan munafiq itu.
Mereka bertiga telah dihukum dengan cara dipulau, tidak ada orang yang boleh bercakap dan berhubung hatta untuk berjual beli sekali pun. Ka'ab menceritakan bahawa ketika dia memberi salam kepada Rasulullah, dia tidak pasti samada bibir Rasulullah bergerak atau tidak untuk menjawab salamnya dan Rasulullah selalu memaling mukanya bila aku cuba menatap wajah baginda.
Suatu hari datang seorang lelaki dari Syria membawa utusan Raja Ghassan yang ditulis di atas sehelai kain sutera. Surat itu berbunyi:
"Kami mendapat berita yang Muhammad dan sahabat-sahabat tuan memulau tuan. Oleh itu datanglah ke negeri kami, kami pasti akan membantu tuan".
Sesudah membaca surat tersebut Ka'ab merasakan tawaran daripada golongan musyrik ini merupakan satu lagi bala lalu dia terus membakar surat tersebut.
Pemulau tersebut berpanjangan sehingga 40 hari, dan pada hari ke 40 datang utusan daripada Rasulullah memerintahkan sepaya meraka bertiga hendaklah tinggal secara berasingan dengan isteri-isteri mereka. Begitulah hukuman yang terpaksa mereka tanggung dengan sabar dan mengharap keampunan dari Allah. Isteri Hilal menyatakan kepada Rasulullah bahawa suaminya tidak pernah berhenti-henti mengalirkan airmata dan dia bimbang Hilal akan kehilangan penglihatanya. Sehingga sampailah hari yang ke 50, selepas solat Subuh datanglah perkhabaran gembira bahawa taubat mereka telah diterima Allah swt.
Allah berfirman yang bermaksud:
" dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit terasa oleh mereka, serta mereka merasakan tidak ada pelindung daripada siksa Allah kecuali kepadaNya jua. Kemudian Allah menerima taubat mereka, sesungguhnya Allahlah yang maha menerima taubat lagi maha penyayang." al-Taubah: 118
Ikhwah sekelian, siapakah kita jika hendak dibandingkan dengan Ka'ab? Kita bukan sekali, bukan dua kali dan bukan tiga kali... tapi kita berkali-kali malah setiap kali mencipta alasan untuk menguzurkan diri darpada 'amal Islami. Jangan sampai kita tergolong di kalangan mereka yang munafiq..na'uu zubillah.
Kita baru hanya diuji dengan kebendaan, masa dan kelaurga, kita belum lagi ditimpa dengan penyeksaan dan keperitan sebagaimana yang telah ditimpa ke atas para pejuang Ikhwan Muslim di Mesir, atau para pejuang di bumi Palestin dan seumpamanya. Begitu rapuh nilai perjuangan kita sedang kita tidak malu-malu mengharapkan Syurga Allah.
Ikhwan yang aku cintai, marilah kita berbai'ah dan beristiqomah di atas jalan dakwah ini. Janganlah sekali-kali cuba untuk memencilkan diri daripada jemaah ini. Ingatlah sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
" Sesungguhnya Syaitan itu merupakan serigala kepada manusia, seperti halnya serigala dengan kambing. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil daripada kempulannya".
Aku suka memetik kata-kata asSyahid Hasan Al Banna kepada para Ikhwan Muslimun:
" Aku tidak bimbang akan kalian daripada ancaman Inggeris, Amerika dan selainnya, tetapi aku bimbang akan kalian disebabkan diri kalian sendiri. Apabila kalain derhaka kepada Allah, kemudian Allah membiarkan kalian. Atau kalian berpecah belah dan tidak bersatu, hingga habislah masa kalian dengan perselisihan itu."
Jadikanlah kerja untuk Islam itu mendahului dari segala urusan peribadi kalian. Semoga kita menjadi suatu mata rantai perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar.
catatan : abuabdullah @ ba
Semoga Allah SWT sentiasa teguhkan hati2 kita di jalanNya & tetap dengan 3amal Islami...............Hidupkan kembali kegemilangan UsratulImtiaz....AllahuAkbar..AllahuAkbar..AllahuAkbar
BalasPadamAFA