DI BUMIMU KU KUTIP BERJUTA MUTIARA
Menjangkaui 2 dasawarsa bumimu kutinggalkan, tanpa pertemuan kali ke dua. Namun tak mampu aku lupaimu biarpun sedenyut nadiku. Pada suratan jodoh.. kau bagaikan kekasih awal dan akhirku. Aku tinggalkan tanah ibunda dengan lambaian airmata.. tapi tak ku sangka senyummu menyambutku saat tiba di Mator Kaherah menyebabkan aku mabuk dan lupakan segala. Betapa kekuatan sihir cintamu menghijab segala rindu dan kasih yang masih panas aku tinggalkan.
4 tahun aku berbaring di dadamu, tanpa sekalipun berenggang, terasa bagaikan seberapa hari cuma kita bercanda. Aku tak pernah merasa puas menghirup nyaman nafas semilirmu.. apa lagi merasa lelah memesrai setiap inci tubuhmu yang indah dan kaya sejarah. Kau sentiasa hangat tak pernah dingin, ceria tak pernah muram, segar tak pernah lesu.
Ke mana jua bumimu ku injak, tak kira ke kuliah atau masjid, mendenai lorong-lorong batu atau berdarmawisata mengisi libur, di situ jua kutemui mutiara berharga. Aku belajar tentang nilai kemanusiaan. Aku belajar mengenali erti persahabatan. Aku belajar mengecapi mehnah perjuangan. Aku belajar makna kasih dan cemburu berlebihan. Aku temui Musa dan Harun. Aku terserempak dengan Firaun, Haman dan Korun. Segalanya adalah butiran mutiara, cuma aku yang kadang-kadang tak terkutip dek leka dan jahil meneka.
Adat bercinta.. melayar kasih.. meneguk madu dan menelan hempedu. Pun segalanya tetap menjadi catatan indah yang sukar untuk dilupa. Dalam senyum dan tawa.. ada kalanya airmataku tertumpah jua. Saat-saat aku mendepani detik yang sukar untuk mendapatkan visa pengajianku di Al Azhar sehingga aku diperintahkan pulang ke tanah air dalam masa 7 hari.. ah.. tak mampu aku bayangkan, ketika itu aku sudah berada di tahun 3 pengajian di Kuliah Lughah Arabiah. Kepahitan keyataan yang masih terasa hingga ke hari ini. Dari pejabat imegresen di Majmak Tahrir airmataku mencurah tanpa dipaksa, terus ku bawa menaiki bas 926 dari Medan Tahrir hingga tiba ke Hayyu Sabeik, sehinggalah aku tiba di syiqqah sewaanku.. aku hanya biasa menangis. Masa terus berlalu aku dan kawan-kawan serumah seramai 6 orang hanya asyik menangis.. baru aku sedar betapa mereka menyayangi aku.. berduka atas kedukaanku. Dalam tempuh yang sama negara-negara Arab digegarkan dengan peristiwa perang Teluk, penaklukan Rejim Iraq pimpinan Saddam Husein ke atas negara Kuwait, kemudian diikuti pula oleh serangan tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika di bawah pimpinan George Bush dan pakatan NATO menyerang Iraq menyebabkan negara tersebut hancur dan Saddam Husein akhirnya mati di tali gantung. Keadaan di Mesir juga menjadi sedikit tegang bahang daripada peperangan tersebut terutamanya dari sudut ekonomi.
Atas nasihat pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah, aku tidak pulang ke tanah air sebagaimana perintah dari Jabatan Imegresen Mesir, sebaliknya aku terus berkurung di dalam rumah.. selama lebih kurang 3 bulan. Sepatah tidak sekali aku khabarkan kepada keluarga di tanah air, bimbang mereka akan bersusah hati dengan masalah yang aku hadapi. Selama tempuh getir itu aku tidak pernah lagi ke kuliah, muzakirat yang dibeli oleh kawan-kawanku dari kuliah tak pernah ku sentuh. Aku sudah berputus asa.. kecewa sangat-sangat. Jalan di hadapan ku lihat suram dan kelam. Hari-hari berlalu.. dan aku terus berendam duka dan airmata.
Imtihan semakin hampir.. Alhmdulillah, dengan usaha pihak kedutaan akhirnya aku dapat pasport baru dan visa untuk terus menetap di sana. Hari-hari terahkhir sebelum imtihan aku manfaatkan sebaiknya, walaupun aku tak sempat belajar bersama doktor dan pensyarah, aku cuba membaca dan memahami sendiri isi semua muzakirat. Aku memasuki imtihan dengan penuh tawakkal dan mengharap rahmat pertolongan daripada Allah. Rasanya tak pernah aku bertawakkal sehebat kali ini. Pertengahan Julai 1991 sekali lagi airmataku mencurah. Natijah diumumkan dan aku lulus semua kertas dengan pangkat Jayyid. Ya Allah! aku tahu semua ini bukannya dari hasil usahaku yang sedikit itu.. tapi adalah rahmat pertolongan dariMu. Aku menangis lagi.. tenggelam dalam sendu yang manis menelan kelazatan maha cintaMu.
Gerbang 1992 bumi Kaherah digegarkan dengan gempa bumi. Sekali lagi kami mendapat peringatan tentang kehancuran yang Allah telah janjikan. Meskipun agak lama kami tinggal dalam ketakutan dan kebimbangan.. namun hikmat di sebalik siri gegaran itu manjadikan kami semua insaf dan sedar akan kekuasaan Allah. Tanggal 1 November 1992.. detik perpisaan aku dan kekasih.. cinta tidak semestinya bersatu. Mesir bagaikan tidak mahu melepaskan aku dari dakapannya. Aku tidak pernah sesayu saat perpisahan itu. Sebuah perpisahan yang tidak menjanjikan pertemuan untuk kali keduanya.. meskipun hasrat itu ku tanam sedalamnya di dalam lubuk hatiku. Kita pasti bertemu kembali.
Saat kapal terbang mula meninggalkan Mator Kaherah.. aku bagaikan melihat tangan-tangan kecil seluruh penghuni melambai mengucapkan selamat jalan untukku. Aku melihat Sungai Nil terbaring lesu bersedih atas perpisahan itu. Tak mampu aku ucapkan ayat-ayat cinta lantaran menahan sendu pilu. Seminggu... sebulan... setahun... masa berlalu hingga menjangkau 2 dasawarsa.. bara cintaku masih menyala.. rindu dendamku masih membasah. Biarpun aku tak berpeluang menjengukmu.. tapi anak-anakku terus bertemali menjejak perjalananku di dadamu.
Kita tetap satu cinta selagi Al Azhar menjadi permaisurimu... dan kita tetap satu rindu selagi Nil menjadi urat nadimu.
Hari ini.. rinduku padamu menyala-nyala, resah bimbangku membuak rasa. Kau bergolak lagi, api dan asap merayap di seluruh tubuhmu. Darah merah membasah bumimu. Kau butuhkan pemimpin yang baru.. membawa harapan yang baru... kepada generasi baru. Aku harap esok mendung akan berlalu dan mentari pagi akan bangun menyimbah pijar cahayanya lagi.
Catatan: Abuabdillah Mohamad

pernah kudengari setiap bait2 yang diungkapkan..moga diriku dapat mencontohi dirimu..
BalasPadam