Ahad, 12 Jun 2011

RINGKASAN BUKU ISLAM YANG KITA SERU KEPADANYA. DR YUSOF AL-QARODHOWI

ISLAM YANG KITA SERU KEPADANYA

v Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh sekular

1. Mereka mahukan orang islam hidup tanpa islam, jika masih ada ruh islam dalam diri muslim, cukuplah diamalkan sendirian oleh individu tersebut.

2. Mereka mahukan orang islam mengikut jejak langkah barat sedikit demi sedikit.

3. Mereka mahukan orang islam menerima bulat-bulat dan mengikuti kemajuan barat semuanya sekali samada baik ataupun buruk.

4. Mereka mahukan orang islam iltizam dengan islam sebagaimana yang ditafsirkan oleh mereka.

Inilah islam yang dikehendaki oleh orang sekular,mereka mahukan islam mengikut hawa nafsu mereka.

v Islam yang kita seru kepadanya merupakan agama yang unggul

1. Islam agama yang jelas, Al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama.

2. Kefahaman islam dan ijtihad sentiasa diperbaharui(tajdid) bagi menyelesaikan masalah semasa.

3. Syariat islam tidak menyempitkan sesuatu situasi.

Kita mampu menyelesaikan semua masalah yang berlaku pada hari ini dengan cara ijtihad islam yang soheh,dipandu oleh sirah orang terdahulu, beriltizam dengan Al-Quyran dan hadis serta melihat kepada peredaran zaman serta masalah yang berlaku dengan pandangan yang berbeza.

v Islam yang kita seru kepadanya.

1. Islam tanpa sebarang penambahan dan kecacatan

2. Islam yang tiada kekurangan padanya

3. Islam yang menyeluruh tanpa pembahagian dan pengecualian

4. Islam menjaga turutan dan menimbang diantara amalan.cth tidak memperlewatkan perkara yang perlu segera dan sebaliknya. Setiap amalan ada turutan dan peringkat.

Percanggahan muslimin.

Ø Pentingkan benda sunat dari benda wajib cth haji buat banyak kali tapi hutang x mahu bayar.

v Empat cara asas memahami islam

1. Ditujukan kepada diri =baiki diri dengan mantapkan iman dan tazkiyyah (bersih) diri.

2. Ditujukan kepada masyarakat = untuk bina keadilan dan kesempurnaan diantara

Manusia.

3. Ditujukan kepada pemerintahan = islam bina perundangan politik diataskeadilan dan syara’.

4. Ditujukan kepada alam = imarahkan bumi dan bina ketamadunan.

Keistimewaan tamadun islam

-Mempunyai hubungan langit dan bumi

-Mengikat dunia dan akhirat

-Mengikat akal dan hati

-Mengimbangi masalahindividu dan masyarakat

Islam datang untuk bina tamadun

-Islam mementingkan sudut ilmu, ekonomi, pertahanan, kesihatan dan segala sudut yang memberi kebaikan.

Wallahua’lam.

13.06.11

03.06am

Qoherah Mesir

0 comments:

Sabtu, 11 Jun 2011

KEJAYAAN ITU ANUGERAH

Keputusan Piala FA semalam amat mengecewakan hati setiap penyokong The Red Warriors, tinggal cuma beberapa saat sahaja masa perlawanan ditamatkan dengan Kelantan 1 Terengganu 0, tiba-tiba suatu keajaiban berlaku, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan di saat nyawa telah berada di halkum, dan lebih sadis lagi bila dalam masa tambahan Terengganu sekali lagi berjaya membolusi pertahanan Kelantan dan seterusnya berjaya menjulang piala FA musim ini.

Apapun yang lebih penting bagi kita adalah pengajaran di sebalik semua yang terjadi itu. Bahawa kejayaan itu adalah anugerah daripada Allah, bukannya ditentukan oleh ukuran kekuatan yang ada pada diri kita semata-mata. Kita diberi sedikit kuasa dan usaha oleh Allah untuk membuat apa sahaja persediaan dan kelengkapan untuk menghadapi apa sahaja ujian perjuangan. Selebihnya adalah doa dan tawakkal kepadaNya.

Pengalaman hidup di kampung sebagai anak petani sewaktu zaman kanak-kanak cukup jelas mengajar penulis untuk melihat dan menilai, setiap usaha yang dilakukan dengan penat dan lelah belum pasti menjanjikan kejayaan. Kami bermati-matian memerah keringat di bawah terik matahari, bertilamkan tanah berbumbungkan langit, mengusahakan tanah menam sayur, tembikai, tembakau dan apa sahaja mengikut musim. Tanaman tumbuh dengan subur, menghijau dan berbuah. Kami mula menghitung dan mengira untung jualan hasil tanaman. Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hasil tanaman hendak dituai, tiba-tiba Allah turunkan hujan dari langit mencurah-curah dan akhirnya menenggelamkan tanaman yang subur. Kami hanya berputih mata melihat apa yang terjadi tanpa berdaya menahan ketentuan. Rezki itu datangnya daripada Allah, bukan kita yang tentukan banyak atau kurang.

Sama halnya dalam kita belaajar dan menempuh peperiksaan. Boleh jadi kita sudah sedaya upaya berusaha, namun hasilnya tidak sebagaimana yang kita impikan.. ya kejayaan itu Allah jua yang tentukan.

Kita perlu bermuhasabah atas apa yang berlaku. Kadang-kaadang kita mudah merasa selesa bila melihat kejayaan sedang menghampiri, lalu kita lalai dengan rasa keselesaan itu. pada hal usaha dan kegigihan itu perlu berterusan hingga ke garisan penamat, seperti lakunya seorang pelari pecut yang pasti akan menggunakan semeksima kudrat yang ada di saat-saat menghampiri garisan penamat, sekalipun lawan telah jauh ketinggalan di belakang.

Perjuangan itu tidak pernah ada masa untuk rehat, setiap detik adalah waktu untuk bekerja, merancang dan memikirkan bagaimana untuk mencapai matlamat (goal) perjuangan. Semakin hampir kepada matlamat, semakin hebat tenaga dikerahkan. Hidup dalam perjuangan umpama pelari pecut di padang pertandingan. Namun di celah-celah usaha dan kerja yang dilakukan, kita perlulah mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menghalang kita tiba kepada matlamat, pastinya disebabkan tiada restu dan izin daripadaNya.

Banyak contoh daripada sirah dan sejarah, kerana tidak sabar dengan harta rampasan perang, pasukan pemanah yang ditempatkan di atas bukit Uhud telah meninggalkan tempatnya kerana menyangka tentera musuh telah kalah dan berundur, perkara yang menjadi sebab utama kekalah tentera Islam dalam Peperangan Uhud.

Begitulah halnya dalam kita melakukan amal kebajikan, jangan sekali-kali terdetik di dalam hati atau fikiran merasakan sudah cukup baik atau banyak yang telah kita lakukan. sebaliknya kita perlu terus berusaha melakukan amal kebajikan itu tanpa henti dan rasa cukup sehinggalah kita dipanggil menemui Allah.

Gerun dan gundah sekali saat kita membaca sedutan daripada sepotong hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:" Baginda menyebut tentang seorang lelaki yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga dia telah hampir kadar sejengkal sahaja lagi kepada syurga itu, tiba-tiba telah telah mendahuluinya akan suratan amalan, lalu beliau melakukan amalan ahli neraka lalu dia mati dan dicampakkan dia ke dalam neraka. Seorang lelaki lain pula beramal dengan amalan ahli neraka, lalu dia telah hampir kadar sejengkal sahaja lagi kepada neraka, tiba-tiba telah mendahuluinya akan suratan amalan, lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu ia mati dan ia telah dimasukkan ke dalam syurga".
Ya Allah! jadikan husnul khatimah penyudah dalam segala urusan kami, kejayaan dan kemenangan itu adalah milik mutlakMu.. maka kami mohon daripadaMu agar kami termasuk dalam golongan hamba-hambaMu yang berjaya di dunia dan akhirat.

0 comments:

Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah

PERTAMA — Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. Lima jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam itu ialah:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya

ii) Orang Munafiq yang membencinya

iii) Orang kafir yang mahu memeranginya

iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya

v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

KEDUA --- Menyentuh muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia yang Rabbani, iaitu beberapa sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat suci:

i) Orang yang sentiasa bertaubat

ii) Orang yang ‘abid

iii) Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah Subhanahu Wata’ala

iv) Orang yang berpuasa atau berkelana

v) Orang yang rukuk dan sujud

vi) Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang munkar

vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah Subhanahu Wata’ala

KETIGA — Menghuraikan bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan-bekalan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dengan sabdanya:

i) Puasalah pada hari yang amat panas demi hari kebangkitan kelak

ii) Sembahyang 2 raka’at di malam yang gelap demi kelengangan kubur

iii) Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar

iv) Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dan memperkatakan yang bathil

v) Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap

KEEMPAT —Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga-moga mereka sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera tersebut ialah:

i) Mengenal Allah Subhanahu Wata’ala dan beriman kepadaNya

ii) Beribadah kepada Allah Subhnahu Wata’ala dan cenderung kepadaNya

iii) Mengingati Allah Subhanahu Wata’ala

iv) Takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala

v) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah Subhanahu Wata’ala

vi) Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala

vii) Redha

viii) Mengasihi Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam

ix) Mengasihi para sahabat Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam

0 comments:

Jumaat, 10 Jun 2011

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...