Isnin, 21 Mei 2012

Road To Ramadhan : Rejab, Bulan Allah Yang Mulia




Assalamualaikum w.b.t.

Semoga sahabat seusrah dan semua para pembaca sentiasa dinaungi oleh kasih sayang Allah SWT, InsyaAllah.

Masa terus berlalu tanpa menghiraukan kita, tanpa bertanyakan kepada kita sama ada kita memanfaatkannya atau mensia-siakannya.  Sedar tak sedar kita sudah menghampiri 1 Rajab 1433. Syukur dipanjatkan oleh Allah SWT kerana masih lagi diberikan kepada kita nafas untuk beribadat kepadaNYA, Alhamdulillah.

Firman Allah SWT :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ (التوبة : 36)
 
Maksudnya :  ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu menciptakan langit dan bumi, di antaranya (terdapat) empat bulan haram. Itulah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri dalam bulan-bulan tersebut, dan perangilah kaum musyrikin sebagaimana mereka pun memerangi kamu, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.”

وقال سعيد بن منصور: حدثنا أبو معاوية، عن الكلبي، عن أبي صالح، عن ابن عباس في قوله: { مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ } قال: محرم، ورجب، وذو القعدة، وذو الحجة.( تفسير ابن كثير)

Sabda Rasulullah SAW :

جاء فيما أخرجه البخاري ومسلم، وأحمد، وأبو داود وغيرهم، أن الرسول صلى الله عليه وسلم قال في خطبة الوداع:  "ألا إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السماوات والأرض. السنة اثنا عشر شهرا، منها أربعة حُرُم، ثلاثة متواليات؛ ذو القعدة، وذو الحجة، والمحرم ورجب مفرد، الذي بين جمادى وشعبان".

Maksudnya : ”Sesungguhnya zaman berputar sebagaimana bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Dalam setahun terdapat dua belas bulan yang di antaranya terdapat empat bulan yang dihormati, tiga bulan di antaranya berturut-turut Zukaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab yang terdapat di antara bulan Jamadil Akhir dan Sya’ban.

Kata “Rejab” mengandung makna “kebesaran” atau “kemuliaan”. Bulan Rejab bererti bulan yang mengandung peristiwa besar, dan sangat dimuliakan. Tidak hanya masyarakat Arab di awal permulaan Islam yang menamakan  bulan ini Rajab bahkan  zaman sebelum Islam diturunkan, masyarakat Jahiliyah telah menamakan bulan ini dengan nama itu. Mereka memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan atau pertumpahan darah. Rasulullah SAW pun kemudian menetapkan kebiasaan tersebut. Baginda mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rajab.

Bulan Rajab juga disebut sebagai bulan al-haram iaitu kerana termasuk dalam salah satu antara empat bulan haram, iaitu bulan yang diharamkan melakukan peperangan di dalamnya.

Dengan memasuki bulan Rejab, bererti saat-saat kedatangan bulan Ramadhan semakin hampir. Seharusnya kita dapat memanfaatkan bulan suci ini dengan sebaik-baiknya seperti memperbanyak ibadah. Persiapan mesti dilakukan dari sekarang, khususnya ketika memasuki bulan Rajab ini. Salah satu caranya adalah dengan menyucikan diri dengan banyak beristighfar, memohon ampun kepada Allah. Dan bulan Rajab memang salah satu saat yang terbaik untuk banyak beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT : 

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا  يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا  (نوح : 10-12)

Maksudnya:  "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu,  Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Permohonan ampun bukan sahaja dibalas dengan pengampunan oleh rabbul jalil, malah ditambahkan lagi dengan kurniaan rezeki daripadaNya. Tiada ruginya kita mengucapkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah. 

Sabda junjungan besar SAW: 

حدثنا هشام بن عمار حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا الحكم بن مصعب حدثنا محمد بن علي بن عبد الله بن عباس عن أبيه أنه حدثه عن ابن عباس أنه حدثه قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من لزم الاستغفار جعل الله له من كل ضيق مخرجا ومن كل هم فرجا ورزقه من حيث لا يحتسب  ( أخرجه ابن ماجة وأبو داود في سننهما)

Maksudnya: Barang siapa melazimi istighfar, Allah akan memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan, kelapangan dari setiap kesedihan, dan memberinya rezeki  yang tak diduga-duga.

Antara ibadat lain yang dituntut agar dilaksanakan pada bulan ini juga ialah berpuasa.

Sabda Rasulullah SAW  dalam sebuah hadis yang panjang :

حدثنا موسى بن إسمعيل حدثنا حماد عن سعيد الجريري عن أبي السليل عن مجيبة الباهلية عن أبيها أو عمها،
أنه أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال……….صم من الحرم واترك صم من الحرم واترك صم من الحرم واترك……(أخرجه أبو داود)

Maksudnya: “Berpuasalah kalian pada bulan-bulan haram atau tinggalkan (puasa)…

Dan di antara bulan-bulan haram itu ialah bulan Rejab sebagaimana yang telah disebutkan di atas. Akan tetapi tidak ada hadis sahih daripada nabi menunjukkan keutamaan puasa di bulan Rejab ini.

Sama-samalah kita ucapkan doa ini sempena dengan bulan Rajab ini. Sabda Rasulullah SAW:

عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل رجب قال: " اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان".

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab, Baginda akan berdoa: Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rajab, dan Bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (riwayat Al-Baihaqi, boleh tengok juga dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi).

Semoga Allah SWT meneruskan pemberian umur kepada kita dengan kesihatan yang berpanjangan. Semoga kita semua bersemangat dalam beribadat dan mencari redhaNya.

Saya tutup entry untuk permulaan bulan Rejab ini dengan firman Allah SWT sebagai pembakar semangat kepada kita semua.

Firman Allah SWT:

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (الكهف : 110)

Maksudnya: Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


Selamat beribadat & semoga bermanfaat untuk semua.

Waasalam.

0 comments:

Khamis, 10 Mei 2012

Indahnya Solat Subuh



Assalamualaikum w.b.t

Semoga kalian semua sihat di samping mendapat naungan dariNya....

Solat subuh merupakan salah satu solat yang diwajibkan ke atas umat Islam. Tetapi, sebahagian daripada kita mengambil mudah terhadap pelaksanaannya. Bagi seorang lelaki, nilai tertinggi dalam ujian ini ialah SOLAT SUBUH BERJEMAAH manakala nilai ujian tertinggi bagi wanita ialah SOLAT SUBUH tepat waktunya di rumah. Seseorang itu dikira gagal sekiranya mereka tidak solat pada waktu yang ditetapkan oleh Sang Pencipta Makhluk.

DI dalam melaksanakan solat fardu ini, pelbagai ragam yang akan kita dapati, antaranya :

Ada yang mengerjakan di masjid
Ada yang mengerjakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan di rumah
Ada yang mengerjakan solat pada hujung batas waktunya
Dan banyak lagi…tetapi yang terbaik ialah :

Mengerjakan salat fardu secara berjemaah di masjid/surau pada awal waktunya.

Sabda Rasulullah SAW:
إن أثقل الصلاة على المنافقين صلاة الفجر والعشاء، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوا

 “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik, adalah solat Isya’ dan subuh [berjemaah]. Seandainya manusia mengetahui keutamaan solat Isya' dan Subuh tentu mereka mendatangi keduanya (berjemaah), walaupun dengan merangkak” (HR. Bukhari dan Muslim)

Moga Allah tidak sesekali menjadikan kita termasuk golongan munafik.

Pernahkah kita apabila menghadiri kem-kem motivasi diajukan soalan seperti berikut, sudahkah kamu menunaikan solat subuh?? Ada yang mengangkat tangan, ada yang menyorokkan tangan dan sebagainya.

Dunia yang fana ini, banyak permasalahan yang bila dirujuk. Bersumberkan dari pelaksanaan solat subuh yang diringan-ringankan. Para sahabat Rasulullah SAW sekuat tenaga berusaha agar tidak kehilangan waktu emas ini.

Rasulullah s.a.w. apabila meragukan keimanan seseorang, Baginda akan menelitinya pada ketika solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati.

Di dalam buku karangan Dr Raghib As Sirjani, seorang Yahudi berkata:

“Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti mengerjakan solat Jumaat”

 Dr Ali Abdus Sami Husain di dalam penulisannya:

 “Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung”.

Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapat kemenangan, kecuali telah terpenuhi semua syarat-syaratnya.

Jaminan Allah bagi mereka yang menjaga solat subuhnya berdasarkan hadis Nabi SAW :
“Tidak akan masuk neraka. Orang-orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari” Riwayat Muslim

Oleh itu, Solat Subuh merupakan hadiah dari Allah s.w.t…dan ia tidak diberikan, kecuali kepada orang-orang yang taat lagi bertaubat.

Hati yang diisi dan dipenuhi dengan cinta kemaksiatan, bagaimana mungkin akan bangun untuk solat Subuh? Hati yang tertutup dosa, bagaimana mungkin akan terpengaruh dengan hadith-hadith yang berbicara tentang keutamaan solat Subuh.

Semoga kita semua diberikan kekuatan oleh Allah SWT agar sentiasa bersama jemaah ketika orang lain sedang enak dibuai mimpi, dan semoga kita sentiasa menjamu tetamu masjid/surau untuk setiap solat 5 waktu, InsyaAllah.

Moga bermanfaat……

0 comments:

Khamis, 3 Mei 2012

Bergurau Juga Sunnah


Q : Assalamu’alaikum Ustaz.. Apakah hukum bergurau dalam Islam..?

A : Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.. Bergurau juga adalah suatu fitrah kita para hambaNya Allahu Rabbi. Kita diberi perasaan untuk girang bersama ahli keluarga dan kenalan. Apatah pula dengan bergurau itu menzahirkan hubungan yang mesra.. Asalkan tidak melampaui batas antara bukan muhrim, bergurau sepanjang masa tanpa henti, berkait hinaan agama dan bertujuan untuk bermusuh-musuhan..

Q: Apakah Rasul kita juga pernah bergurau..?

A : Ya, baginda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم pernah bergurau dengan para sahabat. Maka ianya juga adalah suatu sunnah asalkan memenuhi dengan syarat seperti dijelaskan sebelum ini.

Q: Apakah ada dalam sejarah yang Rasulullah  صلى الله عليه وسلم pernah bergurau..?
A : Sudah tentu.

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه,

“Suatu hari, Zahir, seorang lelaki kampung (badwi) memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun membalas bekalan kepadanya ketika ia hendak pulang. Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda;

“Zahir adalah orang badwi yang merupakan sebahagian dari kita, dan kita adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.”

Rasulullah صلى الله عليه وسلم amat menyenangi Zahir, meskipun beliau tidak memiliki wajah yang rupawan. Suatu ketika, Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendatanginya ketika dia sedang menjual barang dagangan.

Baginda صلى الله عليه وسلم mendakap Zahir dari belakang.
Zahir tidak dapat melihat siapa yang  mendakapnya seraya berkata;

“Siapa ini..? Lepaskan aku!”

Kemudian Zahir menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mengetahui hal itu, Zahir terus berusaha agar belakangnya menyentuh dada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, kemudian baginda صلى الله عليه وسلم berkata ;

“Siapakah yang hendak membeli budak ini..?”

Hadith Riwayat | At Tirmidzi | Ahmad | Abdurrazzaq | Abu Ya’la | Baihaqi | Bagawi

Begitulah Rasulullah bergurau senda dengan para sahabatnya.. Gambaran ini menunjukkan para alim ulama juga bersahabat dan bergurau seperti sunnahnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Hasan Al Basri meriwayatkan:

“Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Muhammad, lalu berkata;

“Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga.”

Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Wahai ibu fulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga.”

Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera  Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Khabarkan kepada perempuan itu bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.”

Lalu dibacakan firman Allah :

إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa

فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

Al Quran | Surah Al Waqi’ah | Ayat 35 – 37

Hadith Riwayat | At Tirmidzi | Ath Thabrani

Baginda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم bergurau tetapi dengan kebenaran..

Baginda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم juga pernah bergurau dalam satu riwayat;

“Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه ,

Seorang lelaki meminta kenderaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم  lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan membawamu di atas anak unta betina.

Lalu orang itu berkata:

“Apa yang dapat saya buat di atas anak unta betina? ”

Baginda  صلى الله عليه وسلم menjawab:

“Bukankah yang melahirkan Al-Ibbal (unta jantan tua) itu hanya unta betina iaitu ibunya dan unta jantan tua itu ialah anaknya”.

Hadith Riwayat | At-Tirmidzi

Lihatlah bagaimana mesranya baginda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم dengan para sahabatnya.. Maka berguraulah dengan adab-adab dan demi meraikan ukhwah serta menzahirkan kemesraan namun penuh rasa kehormatan..


Dipetik dari: Ustazazhar.net

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...