Indahnya Solat Subuh
Assalamualaikum
w.b.t
Semoga
kalian semua sihat di samping mendapat naungan dariNya....
Solat
subuh merupakan salah satu solat yang diwajibkan ke atas umat Islam. Tetapi,
sebahagian daripada kita mengambil mudah terhadap pelaksanaannya. Bagi seorang
lelaki, nilai tertinggi dalam ujian ini ialah SOLAT SUBUH BERJEMAAH manakala
nilai ujian tertinggi bagi wanita ialah SOLAT SUBUH tepat waktunya di rumah.
Seseorang itu dikira gagal sekiranya mereka tidak solat pada waktu yang
ditetapkan oleh Sang Pencipta Makhluk.
DI
dalam melaksanakan solat fardu ini, pelbagai ragam yang akan kita dapati,
antaranya :
Ada
yang mengerjakan di masjid
Ada
yang mengerjakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan di rumah
Ada
yang mengerjakan solat pada hujung batas waktunya
Dan
banyak lagi…tetapi yang terbaik ialah :
Mengerjakan
salat fardu secara berjemaah di masjid/surau pada awal waktunya.
Sabda
Rasulullah SAW:
إن
أثقل الصلاة على المنافقين صلاة الفجر والعشاء، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوا
“Sesungguhnya solat yang
paling berat bagi orang munafik, adalah solat Isya’ dan subuh [berjemaah]. Seandainya
manusia mengetahui keutamaan solat Isya' dan Subuh tentu mereka mendatangi
keduanya (berjemaah), walaupun dengan merangkak” (HR. Bukhari dan Muslim)
Moga
Allah tidak sesekali menjadikan kita termasuk golongan munafik.
Pernahkah
kita apabila menghadiri kem-kem motivasi diajukan soalan seperti berikut,
sudahkah kamu menunaikan solat subuh?? Ada yang mengangkat tangan, ada yang
menyorokkan tangan dan sebagainya.
Dunia
yang fana ini, banyak permasalahan yang bila dirujuk. Bersumberkan dari
pelaksanaan solat subuh yang diringan-ringankan. Para sahabat Rasulullah SAW
sekuat tenaga berusaha agar tidak kehilangan waktu emas ini.
Rasulullah
s.a.w. apabila meragukan keimanan seseorang, Baginda akan menelitinya pada ketika
solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid),
maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati.
Di
dalam buku karangan Dr Raghib As Sirjani, seorang Yahudi berkata:
“Kami
baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh
seperti mengerjakan solat Jumaat”
Dr Ali Abdus Sami Husain di dalam penulisannya:
“Sungguh
masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada
Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang
dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu
tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh
tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung”.
Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapat kemenangan,
kecuali telah terpenuhi semua syarat-syaratnya.
Jaminan
Allah bagi mereka yang menjaga solat subuhnya berdasarkan hadis Nabi SAW :
“Tidak
akan masuk neraka. Orang-orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum
terbenam matahari” Riwayat Muslim
Oleh
itu, Solat Subuh merupakan hadiah dari Allah s.w.t…dan ia tidak diberikan,
kecuali kepada orang-orang yang taat lagi bertaubat.
Hati
yang diisi dan dipenuhi dengan cinta kemaksiatan, bagaimana mungkin akan bangun
untuk solat Subuh? Hati yang tertutup dosa, bagaimana mungkin akan terpengaruh
dengan hadith-hadith yang berbicara tentang keutamaan solat Subuh.
Semoga
kita semua diberikan kekuatan oleh Allah SWT agar sentiasa bersama jemaah ketika
orang lain sedang enak dibuai mimpi, dan semoga kita sentiasa menjamu tetamu
masjid/surau untuk setiap solat 5 waktu, InsyaAllah.
0 comments: