Isnin, 21 Mei 2012

Road To Ramadhan : Rejab, Bulan Allah Yang Mulia




Assalamualaikum w.b.t.

Semoga sahabat seusrah dan semua para pembaca sentiasa dinaungi oleh kasih sayang Allah SWT, InsyaAllah.

Masa terus berlalu tanpa menghiraukan kita, tanpa bertanyakan kepada kita sama ada kita memanfaatkannya atau mensia-siakannya.  Sedar tak sedar kita sudah menghampiri 1 Rajab 1433. Syukur dipanjatkan oleh Allah SWT kerana masih lagi diberikan kepada kita nafas untuk beribadat kepadaNYA, Alhamdulillah.

Firman Allah SWT :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ (التوبة : 36)
 
Maksudnya :  ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu menciptakan langit dan bumi, di antaranya (terdapat) empat bulan haram. Itulah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri dalam bulan-bulan tersebut, dan perangilah kaum musyrikin sebagaimana mereka pun memerangi kamu, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.”

وقال سعيد بن منصور: حدثنا أبو معاوية، عن الكلبي، عن أبي صالح، عن ابن عباس في قوله: { مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ } قال: محرم، ورجب، وذو القعدة، وذو الحجة.( تفسير ابن كثير)

Sabda Rasulullah SAW :

جاء فيما أخرجه البخاري ومسلم، وأحمد، وأبو داود وغيرهم، أن الرسول صلى الله عليه وسلم قال في خطبة الوداع:  "ألا إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السماوات والأرض. السنة اثنا عشر شهرا، منها أربعة حُرُم، ثلاثة متواليات؛ ذو القعدة، وذو الحجة، والمحرم ورجب مفرد، الذي بين جمادى وشعبان".

Maksudnya : ”Sesungguhnya zaman berputar sebagaimana bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Dalam setahun terdapat dua belas bulan yang di antaranya terdapat empat bulan yang dihormati, tiga bulan di antaranya berturut-turut Zukaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab yang terdapat di antara bulan Jamadil Akhir dan Sya’ban.

Kata “Rejab” mengandung makna “kebesaran” atau “kemuliaan”. Bulan Rejab bererti bulan yang mengandung peristiwa besar, dan sangat dimuliakan. Tidak hanya masyarakat Arab di awal permulaan Islam yang menamakan  bulan ini Rajab bahkan  zaman sebelum Islam diturunkan, masyarakat Jahiliyah telah menamakan bulan ini dengan nama itu. Mereka memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan atau pertumpahan darah. Rasulullah SAW pun kemudian menetapkan kebiasaan tersebut. Baginda mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rajab.

Bulan Rajab juga disebut sebagai bulan al-haram iaitu kerana termasuk dalam salah satu antara empat bulan haram, iaitu bulan yang diharamkan melakukan peperangan di dalamnya.

Dengan memasuki bulan Rejab, bererti saat-saat kedatangan bulan Ramadhan semakin hampir. Seharusnya kita dapat memanfaatkan bulan suci ini dengan sebaik-baiknya seperti memperbanyak ibadah. Persiapan mesti dilakukan dari sekarang, khususnya ketika memasuki bulan Rajab ini. Salah satu caranya adalah dengan menyucikan diri dengan banyak beristighfar, memohon ampun kepada Allah. Dan bulan Rajab memang salah satu saat yang terbaik untuk banyak beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT : 

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا  يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا  (نوح : 10-12)

Maksudnya:  "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu,  Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Permohonan ampun bukan sahaja dibalas dengan pengampunan oleh rabbul jalil, malah ditambahkan lagi dengan kurniaan rezeki daripadaNya. Tiada ruginya kita mengucapkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah. 

Sabda junjungan besar SAW: 

حدثنا هشام بن عمار حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا الحكم بن مصعب حدثنا محمد بن علي بن عبد الله بن عباس عن أبيه أنه حدثه عن ابن عباس أنه حدثه قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من لزم الاستغفار جعل الله له من كل ضيق مخرجا ومن كل هم فرجا ورزقه من حيث لا يحتسب  ( أخرجه ابن ماجة وأبو داود في سننهما)

Maksudnya: Barang siapa melazimi istighfar, Allah akan memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan, kelapangan dari setiap kesedihan, dan memberinya rezeki  yang tak diduga-duga.

Antara ibadat lain yang dituntut agar dilaksanakan pada bulan ini juga ialah berpuasa.

Sabda Rasulullah SAW  dalam sebuah hadis yang panjang :

حدثنا موسى بن إسمعيل حدثنا حماد عن سعيد الجريري عن أبي السليل عن مجيبة الباهلية عن أبيها أو عمها،
أنه أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال……….صم من الحرم واترك صم من الحرم واترك صم من الحرم واترك……(أخرجه أبو داود)

Maksudnya: “Berpuasalah kalian pada bulan-bulan haram atau tinggalkan (puasa)…

Dan di antara bulan-bulan haram itu ialah bulan Rejab sebagaimana yang telah disebutkan di atas. Akan tetapi tidak ada hadis sahih daripada nabi menunjukkan keutamaan puasa di bulan Rejab ini.

Sama-samalah kita ucapkan doa ini sempena dengan bulan Rajab ini. Sabda Rasulullah SAW:

عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل رجب قال: " اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان".

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab, Baginda akan berdoa: Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rajab, dan Bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (riwayat Al-Baihaqi, boleh tengok juga dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi).

Semoga Allah SWT meneruskan pemberian umur kepada kita dengan kesihatan yang berpanjangan. Semoga kita semua bersemangat dalam beribadat dan mencari redhaNya.

Saya tutup entry untuk permulaan bulan Rejab ini dengan firman Allah SWT sebagai pembakar semangat kepada kita semua.

Firman Allah SWT:

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (الكهف : 110)

Maksudnya: Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


Selamat beribadat & semoga bermanfaat untuk semua.

Waasalam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...