Buih Hari ini Adalah Pemuda Hari Esok (Siri II)
Sahabat yang dihormati sekalian,
Rahsianya
adalah kerana mereka memiliki keperibadian yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Ini telah diakui oleh baginda Rasulullah SAW sebagai ‘Keperibadian Al
Quran yang Rabbani’. Siapa yang membentuk mereka sehingga
memiliki sifat yang mulia ini? Benar sekali, baginda Rasulullah SAW telah
membentuk mereka sehingga lahirlah satu kumpulan pemuda yang unggul yang
sebelum ini pernah hidup di zaman jahiliah yang penuh kegelapan. Mereka meminum
arak, berjudi, makan riba, si kaya yang mencuri dibiarkan tanpa hukuman, tetapi
yang miskin mencuri dirotan dan sebagainya serta lain-lain amalan yang
bercanggah dengan Islam. Namun selepas dimadrasahkan oleh baginda
Rasulullah SAW lantas keluarlah mereka sebagai lulusan yang paling unggul di
atas muka bumi ini.
[ Tidak sekali-kali bermaksud untuk mengaibkan para sahabat ridhwanullah ‘alaihim,
kecuali semata-mata mahu memberi semangat kepada kita supaya jangan berputus
ada dengan rahmat Allah SWT. Ingatlah bahawa sebesar mana pun dosa atau
kesalahan yang kita lakukan, sekali-kali Allah tidak akan ambil peduli dengan dosa
dan kesalahan tersebut andai kita bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam
yang sebenar. ]
Apabila
datang Islam kepada mereka, mereka menggunakan sedikit waktu malam untuk bermunajat
kepada Allah. Mereka menginfaqkan harta mereka dengan tangan
kanan sehinggakan tangan kiri tidak mengetahuinya. Mereka teramat kusyuk di
dalam solat mereka. Sungguh, perkara yang melekakan hati terus
ditinggalkan kerana takut akan azab Allah. Zakat yang diwajibkan ke
atas mereka, mereka keluarkan dan merekalah yang menjadi penyuruh kepada
perbuatan baik dan pencegah kepada perbuatan mungkar. Inilah pelajaran
yang diambil daripada baginda Rasulullah SAW lantas diamal dalam kehidupan
seharian mereka yang melayakkan mereka mendapat ‘Keperibadian al Quran yang
Rabbani’. Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in.
Sahabat sekeluargku sekalian,
Inilah
syakhisah atau watak personaliti yang patut kita cari dan cuba
praktikkan dalam diri kita. Syakhsiah ini sangat mengenali Tuhannya. Ia
berakhlak sebagaimana akhlak nabinya. Mentarbiah individu tersebut di Kota
Mekah lantas sanggup berdepan dengan pelbagai cubaan dan rintangan. Bila suatu
perkara yang amat berat menghalangi mereka, terus mereka selesaikan masalah
tersebut dengan bersembahyang seraya berkata : “Arihna Ya Bilal ”.
Mereka menahan tangan (kumpul tenaga) mereka, lalu mereka mendirikan sembahyang
sambil meminta bantuan kekuatan daripada Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa. Mereka sangat
memahami firman Allah SWT kepada Nabi mereka :
73. Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadaMu, supaya Engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya ; dan (kalau Engkau melakukan Yang demikian) baharulah mereka menjadikan Engkau sahabat karibnya.
74. Dan
kalaulah tidak Kami menetapkan Engkau (berpegang teguh kepada kebenaran),
tentulah Engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak
mereka.
75. Jika (Engkau
melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang
berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati ;
kemudian Engkau tidak beroleh seseorang Penolong pun terhadap hukuman kami.
76. Dan sesungguhnya
mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi
(Makkah) dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu ; dan jika
berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan
sedikit masa sahaja.
77.
(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami
utuskan sebelummu dari Rasul-rasul kami ; dan Engkau tidak akan dapati sebarang
perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu.
Sahabatku sekalian,
Ingatlah
ketika mana baginda Rasulullah SAW berdepan dengan penduduk Thaif yang sanggup
melakukan kezaliman terhadap baginda lantas baginda mengadu kepada Allah SWT di
dalam luahan yang penuh syahdu, terakam di dalam kitab-kitab sirah : “ Wahai
Tuhan apa harusku lakukan terhadap bala dan cubaan yang penuh dahsyat ini. Apa
harusku perbuat ketika kelat malam menyelubungi lalu bertambah dahsyat
kesakitan terhadapku sedang aku terlalu lemah di hadapanMu. Aku mengadu
lemahnya kekuatanku, sedikit cuma kebijaksaanku dan hemahku terhadap manusia.
Apa harusku lakukan wahai Tuhanku? ”. Lantas jawapan dari Allah SWT dengan
firmanNya :
78. Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh. Sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
79. Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang
tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu ; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
Sahabatku sekalian,
Ini
membuktikan kepada kita bahawa sembahyang adalah ubat yang paing mujarab
ketika kita berdepan dengan apa jua kepayahan. Hasil daripada inilah lahirnya
para sahabat yang mana disebut di dalam al Quran :
37. (Ibadat itu
dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan
mendirikan sembahyang serta memberi zakat ; mereka takutkan hari (kiamat) yang
padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Moga kita semua mampu mencontohi
generasi anak didik baginda Rasulullah SAW yang terunggul ini. Siapa lagi kalau
bukan kerana darah dan nyawa yang mereka pertaruhkan nescaya Islam tidak akan
sampai kepada kita saat ini.
Radhiyallahu ‘anhum waradhu ‘anh.
Rujukan :
Kitab Al Dakwah Qawaid Wa Usul,
Dr. Jumaat Amin.
0 comments: