APA YANG KITA CARI? APA YANG KITA ADA?
Hidup ini adalah perjuangan. Setiap yang hidup, tidak kira manusia, binatang atau tumbuh tumbuhan, semuanya perlu berjuang. Samada berjuang untuk hidup, atau hidup mereka adalah untuk perjuangan. Selagi nyawa dikandung badan, urat nadi masih berdenyut dan jantung bisa berdegup, maka perjuangan mesti diteruskan. Bak kata pujangga: "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung".
Persoalannya, apa sebenarnya perjuangan? Dan apa sebenarnya yang kita perjuangkan? Perjuangan itu boleh dilihat dalam 2 pandangan, iaitu pertama berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang belum kita miliki, dan kedua berjuang untuk mempertahankan apa yang kita ada.
Pada tahap yang pertama kita perlu berjuang untuk mendapatkan semua yang kita perlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Berjuang untuk mendapatkan makanan, tempat tinggal, kuasa, harta kekayaan dan seumpamanya. Tapi apa yang lebih penting dari segalanya adalah berjuang untuk mencari ilmu. Kerana dengan ilmu sahaja semua yang kita berjuang untuk mendapatkannya menjadi mudah. Justeru itulah dalam Islam menuntut ilmu itu adalah jihad. Menuntut ilmu dalam hidup seorang muslim adalah program sepanjang hayat, bermula dari dalam buaian sehinggalah ke liang lahad. Orang yang menuntut ilmu itu ibaratkan seorang yang meminum air laut, semakin diminum maka semakin haus. Semakin banyak dia pelajari ilmu-ilmu Allah semakin dia rasai kejahilan dirinya. Allah SWT berfirman di dalam surah Luqman yang bermaksud: " Jikalau semua pokok di atas bumi ini dijadikan pena, dan seluruh lautan lalu ditambah lagi 7 lautan seumpamanya menjadi tinta, pasti tidak cukup untuk menulis ilmu-ilmu Allah, sesungguhnya Allah itu maha berkuasa lagi bijaksana".
Seorang Mukmin itu mestilah bersungguh dan mempunyai rasa tamak terhadap ilmu. Mencari ilmu ibarat berjuang mencari sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Ilmu itu merupakan permata yang hilang bagi seorang mu'min, maka di mana jua dia jumpai, maka dia berhak mendapatkannya".
Pada tahap yang kedua ialah berjuang untuk mempertahankan apa yang kita ada. Agama, nyawa, marwah, harta.. semuanya adalah perkara yang kita miliki, tetapi sering menghadapi pencerobohan, samada daripada anasir luar mahupun daripada diri kita sendiri. Lantaran itu mempertahan segala ini daripada pencerobohan juga adalah suatu jihad. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Haram ke atas seorang muslim terhadap muslim yang lain itu darahnya, marwahnya dan hartanya".
bersambung......
Kita sebenarnya bukan mencari sesuatu yang baru dalam hidup, tetapi mencari sesuatu yang telah hilang daripada kehidupan.

0 comments: