"Perut adalah sumber untuk semua penyakit."
Saban hari, manusia dilanda dengan penyakit-penyakit kritikal, seperti sakit jantung, diabetes dan serangan kanser pada usia yang semakin muda jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya, walaupun kita sedang berada di zaman kecanggihan teknologi kini. Mengapa? Apa yang telah berubah di dalam dunia manusia? Ataupun disebabkan perubahan dalam diet pemakanan kita? Ya, ada antara kita yang akan berbalah bahawa diet dan ciri pemakanan kita tiada beza dengan ibubapa kita semasa muda, namun betapa yakinkah kita terhadap kenyataan tersebut? Mari kita lihat beberapa contoh: 1. Air minuman. Adakah kualiti air minuman daripada air paip sekarang setanding dengan apa yang diminum pada zaman ibu bapa kita? Di zaman mereka, manusia minum air dari perigi dan juga sungai, akan tetapi mengapakah mereka jauh lebih sihat berbanding dengan kita pada usia yang sama? Di mana silapnya 2. Santan/Susu kelapa Inilah boleh dikatakan makanan rugi orang Melayu. Namun, berapakah ramai antara kita telah mula menggunakan ‘ready-made’ santan yang boleh bertahan berminggu lamanya sebagai gantian kepada santan segar yang diperah daripada kelapa? 3. Minyak masak. Apakah jenis minyak masak yang digunakan oleh ibu bapa kita waktu dulu untuk menyediakan makanan? Apa pula kandungannya? Bandingkan dengan minyak masak yang kita gunakan sekarang. Selama ini, manusia tidak sedar bahawa kandungan diet makanan mereka telah berubah secara beransur-ansur daripada menggunakan bahan segar untuk makanan kepada menggunakan bahan segar yang diawet dengan pengawet kimia berlebihan. Adakah kesihatan manusia diberi penekanan dalam proses penghasilan bahan pengawet untuk makanan? Mungkin ada, akan tetapi ia bukanlah satu perkara yang diberi penekanan khusus. Pengawet-pengawet kimia dihasilkan hanya untuk memenuhi tujuan utama – iaitu untuk mengaut lebih keuntungan dengan memanjangkan hayat makanan supaya peniaga mempunyai masa yang lebih panjang untuk menjualnya kepada pengguna. Bahan pengawet boleh diibaratkan sebagai ‘pelekat gajah (elephant glue)’ – di mana mereka digunakan untuk mengekalkan struktur makanan sehingga hari manusia mengambil keputusan untuk menikmati makanan yang diawet tersebut. Contoh yang paling lumrah boleh dilihat dalam mee segera – tanyalah diri sendiri, berapa lamakah mee segera kering dalam pek boleh bertahan? Sekarang bandingkan pula dengan mee segera yang telah dilalukan air panas, di mana pengawetnya telah dilunturkan. Bayangkan sekarang, berapa banyakkah ‘elephant glue’ yang berada di dalam badan kita searang daripada mee segera yang kita makan selama ini? Adakah kita masih tidak tahu mengapa kita semakin tidak sihat dari hari ke hari? Dan ini hanya melibatkan mee segera, bagaimana pula jika kita menimbangkan ia dengan makanan-makanan yang lain? Keadaan kesihatan manusia sekarang bertambah lebih teruk apabila mereka mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat selain daripada faktor kesan pengawet makanan yang dibincangkan tadi. Keadaan kesihatan tubuh badan kita pada masa ini adalah hasil terus daripada apa yang kita makan selama ini. Kebanyakan sistem dalam badan kita telah terganggu dan rosak akibat daripada tabiat pemakanan kita. Obesiti, gout, kencing manis, sakit sendi, kulit kering, kemurungan, sembelit, sakit jantung, kanser dan lain-lain penyakit semuanya adalah hasil kesan pemakanan kita. Malahan sikap dan pemikiran kita turut dibentuk daripada pemakanan kita. Sebagai contoh, kita selalu mengatakan bahawa penyakit-penyakit seperti kencing manis, kanser, sakit jantung dan sakit sendi adalah penyakit berwaris dari generasi ke generasi. Tapi adakah kita sedar bahawa, datuk, nenek kita yang mengalami kencing manis mungkin juga disebabkan cara pemakanan dan pemasakan mereka yang tidak seimbang? Dan jika cara pemakanan dan pemasakan yang tidak seimbang ini pula diwarisi ibu dan bapa kita, apakah kita akan hairan sekiranya mereka juga terkena penyakit yang sama apabila umur mereka lanjut? Ini kerana sememangnya selain faktor genetik, antara sebab terbesar penyakit itu melanda adalah berpunca daripada hasil daripada diet pemakanan mereka sendiri selama ini. Bermula dari sekarang, kita harus memainkan peranan kita masing-masing untuk menyedarkan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan kita sekalian bahawa semua penyakit manusia bermula daripada perut iaitu berpunca daripada apa yang kita makan selama ini. Seperti yang diterangkan di atas, keadaan kesihatan manusia bertambah buruk dengan kehadiran bahan-bahan pengawet kimia pada masa kini yang hanya bertujuan untuk mengaut keuntungan. Generasi ini, usia manusia mengalami penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis telah mencatatkan penurunan yang ketara, di mana ada antara kita yang berumur 20-an ke 30-an sudahpun mengalami kencing manis atau sakit jantung. Bayangkan, apa yang akan berlaku pada generasi hadapan? Kehidupan manusia tidak sepatutnya menjadi satu perkara yang menyedihkan pada hari tua.
Manusia harus dididik untuk berhenti percaya bahawa mereka akan mengalami sakit kronik apabila tiba waktunya. Itu adalah tidak benar. Benar hakikatnya bahawa kita akan menjadi tua, tetapi hakikat bahawa kita akan mendapat penyakit kronik satu hari nanti adalah sesuatu yang boleh diusahakan untuk dielakkan. Caranya senang – kita boleh memadamkan perkataan-perkataan seperti gout, kencing manis, serangan jantung, kanser, alergi dan lain-lain lagi kamus kita dengan hanya menukar dan melengkapkan diet kita seharian dengan semua mineral dan vitamin yang diperlukan badan. Diet yang seimbang bagaikan baja yang sesuai untuk tumbuhan, sekiranya betul dan tepat, tumbuhan itu akan berbuah dan berbunga lebat sepanjang hayatnya. Kita boleh menyelamatkan umat manusia dengan berkongsi apakah itu diet yang baik untuk dirinya. Ya, dengan diet seharian yang tepat, kita boleh kekal sihat sentiasa. Untuk mendapatkan diet seharian yang seimbang dan tepat tanpa perlu bersusah payah, anda disyorkan untuk menambah Vinegar Istimewa kami kepada diet anda seharian… dan anda bakal menyaksikan perubahan menakjubkan dalam kehidupan dan kesihatan anda dan sekeluarga dalam waktu yang singkat.
|
0 comments: