Liqa Usratulimtiaz 24 Dis 2010
Alhamdulillah.. setelah lebih 3 bulan usratulimtiaz sepi tanpa apa-apa program, sepetang pada tanggal ini kita dapat mengadakan liqa sebagaimana yg telah kita rancang bersama. Ba rasa teruja sekali bila ada ahli senior group 90an yang sanggup hadir bersama.
Liqa yg ke sekian kali ini Alhamdulillah berjalan dgn baik walaupun agak kesuntukan waktu. Pembentangan semakin mantap, terutama dari sudut ilmu dan maklumat.. cuma dari sudut penambahannya agak kaku, tidak ramai yang cuba untuk berkongsi ilmu dan idea dengan rakan2 usrah. Masih wujud ahli yg lebih suka menjadi sleeping partner, sekadar menjadi pendengar atau penonton sahaja. Sedangkan siri2 liqa yg kita adakan selama ini bukan sekadar medium utk kita berbincang tentang ilmu seperti bacaan al Quran dan Tajwid, Fiqh Dakwah, Sirah, Hadith dan Tafsir, tetapi menjadi kelas speaker corner utk kita semua melatih diri untuk menjadi seorang yang mampu menyampaikan dakwah di masa akan datang.
Tapi bukanlah bermaksud sekiranya kita tidak mampu menjadi the best speaker maka kita tidak layak menjadi pekerja dakwah.. bukan sekali. Justeru kebolehan dan bakat manusia itu berbeda antara satu dengan yg lain, maka kita boleh bekerja untuk dakwah dengan cara yang berbeza sesuai dengan bakat dan kemampuan yg ada.. cuma kalau cuba nak excuse daripada melakukan kerja-kerja dakwah dengan alasan tidak expert dalam hal-hal dakwah, tidak beilmu atau kerana kesibukan (mengejar duniawi la tu) oh.. malang sekali. Ingatlah menyampaikan dakwah ini adalah wasiat dan amanah Rasulullah, hukumnya adalah wajib fardhu 'ain ke atas setiap individu muslim, cuma dalam keadaan2 tertentu sahaja menjadi fardhu kifayah.
Dakwah atau amar ma'ruf dan nahi munkar itu tidak hanya dengan perkataan. Kita punya berbagai medium untuk dijadikan sebagai mekanisma dakwah. Nah! dengan memanfaatkan teknologi maklumat atau internet.. khususnya laman sosial Facebook dan Blogger, usratulimtiaz tidak terkecuali, kita dah ada fb group usratulimtiaz dan blog usratulimtaz. Maka sepatutnya setiap ahli mengambil peluang untuk membuat pengisian-pengisian yang bermanfaat bukan sekadar untuk ahli, malah untuk jutaan pengguna laman sosial ini di luar sana. Inilh peluang yg terbuka untuk kita menyampaikan dakwah dan fikrah jamaah kepada khalayak. Bagi yang belum menggunakannya.. berusahalah untuk ke arah itu.. tapi mesti dengan nawaitu yang baik.. jangan sekali-kali disalahgunakan, kerana dia juga bisa menjadi medium yang membinasakan.
Selain daripada itu, akhlak atau qudwah hasanah juga menjadi mekanisma yang empuh dalam mempengaruhi mad'u. kerana: لسان الحال أفصح من لسان المقال maksudnya: bicara perbuatan itu lebih berkesan berbanding dengan bicara lidah. Orang lebih mudah terpengaruh dengan perbuatan kita berbanding dengan apa yang kita bicarakan. Oleh itu seorang da'ie mestilah sentiasa menjaga akhlak yang mulia dan tingkahlaku yang terpuji agar tidak menjadi hujjah kepada mad'u untuk menolak apa yang kita sampaikan kepada mereka. Jangan sekali2 menjadi seperti kata pepatah: bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Harapan ba untuk semua anak2 usrah; rancanglah jadual liqa dalam perancangan bulanan kalian, paling kurang sekali dalam sebulan.. hanya untuk dua atau tiga jam sahaja. Pasti anak2 semua tidak rugi dan tidak beralasan lagi, kerana untuk menjadi orang yang berjaya pertamanya kita mesti dahulu menjadi orang yang tidak beralasan. Maka..jangan lagi beralasan.
Buat semua; bagi yang masih di bangku persekolahan: selamat kembali ke sekolah. Bagi yang belajar di IPT: selamat meneruskan pengajian semester baru dan bagi yang dah bekerja atau berkerjaya: selamat bekerja. Apapun yang kita lakukan, walau di mana jua, cubalah menjadi individu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain, dan jangan sekali2 menjadi beban dan penyakit kepada orang lain. Ingat "ANDA" adaalah cermin kepada usratulimtiaz. Jangan jadikan ia cacat kerana kecacatan peribadi anda.

0 comments: