Jumaat, 24 Disember 2010

MENGINTAI SIAPA WALIYYULLAH

Dalam menaqashah hadith yang telah dibentangkan oleh al akh Muzaidi semalam, di sini kita akan membicarakan sedikit mengenai waliyyullah.

Hadith yg telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a di mana beliau berkata telah bersabda Rasulullah saw:
إن الله تبارك وتعالى قال: من عادى لي وليّا فقد آذنته بالحرب، وما تقرّب إليّ عبدي بشيء أحبّ إليّ مما افترضته عليه، وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبّه، فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به، وبصره الذي يبصر به، ويده التي يبطش بها، ورجله التي يمشي بها، ولئن سالني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه. رواه البخاري ومسلم

waliyyullah atau kekasih Allah bermaksud; setiap individu muslim yang bertaqwa kepada Allah, serta sentiasa melakukan amalan ketaatan dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah oleh Allah di samping meninggalkan perkara-perkara musytabihat (yang diragui akan halal dan haramnya). Merekalah orang-orang yg dicintai Allah atau para kekasihNya.

Ciri-ciri kekasih Allah:
antara lainnya sebagaimana dinyatakan Allah di dalam ayat-ayat berikut:
1-Allah berfirman:

إنما وليّكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون. ومن يتول الله ورسوله والذين آمنوا فإن حزب الله هم الغالبون [المائدة: 55- 56] ا
mereka beriman, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, mereka seentiasa ruku' kepada Allah (patuh kepada segala perintahNya)

2- FirmanNya lagi:

ألا إن أولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون. الذين آمنوا وكانوا يتقون [يونس: 62 - 64] ا
mereka beriman dan bertaqwa kepada Allah.

3- FirmanNya lagi:

إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليكم الملائكة ألاّ تخافوا ولا تحزنوا وأبشروا بالجنة التي كنتم توعدون. نحن أولياؤكم في الحياة الدنيا وفي الآخرة ولكم فيها ما تشتهي أنفسكم ولكم فيها ما تدّعون [فصلت: 30 - 31]ا
mereka beristiqamah dalam perkara-perkara aqidah dan akhlaq, mereka dijanjikan syurga oleh Allah swt.

Tanda-tanda kecintaan kepada Allah:

1- Taat kepada Allah; sentiasa melaksanakan perintah Allah serta meninggalkan segala
laranganNya.

2- Mengikut segala ajaran dan sunnah Rasulullah.
Allah berfirman:

قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم [آل عمران: 31]ا

3- Kecintaannya kepada Allah mengatasi segala kecintaanya kepada perkara-perkara yang lain.
Allah berfirman:
قل إن كان آباؤكم وأبناؤكم وإخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله وجهاد في سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره. [التوبة: 24]ا

Implikasi Cinta Kepada Allah

Apabila Allah mencintai hambaNya, dua perkara yang pasti berlaku pada seseorang;
1- Segala perbuatan dan pekerjaannya akan dijaga oleh Allah swt daripada perkara-perkara yang tidak baik dan berdosa. Contohnya Allah menjaga matanya daripada melihat perkara-perkara yang haram, menjaga telinganya daripada mendengar percakapan yang tidak baik dan seumpamaanya, melalui muraqabatullah yang sentiasa hidup di dalam hatinya. Sebagaimana dalam sabda Baginda saw :

فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به، وبصره الذي يبصر به، ويده التي يبطش بها، ورجله التي يمشي بها

2- Dekatnya pertolongan Allah kepadanya, Allah swt memaqbulkan doanya bila dia berdoa dan akan melindunginya bila dia memohon perlindungan daripada Allah swt. Sebagaimana sabda Baginda saw:

ولئن سالني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه

1 ulasan:

  1. Penawanan Constantinople
    Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
    SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
    Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
    Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
    Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...