راجع نفسك يا إخواني
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Semoga semua sahabat seusrah sentiasa dalam redhaNya…..
Tiada apa yang ingin dikongsikan pada entry yang serba
ringkas ini. Hanya sebagai pesanan & ingatan untuk kita semua walaupun di
dalam ruangan maya ini.
Fikirkan gambar di bawah ini……….muhasabah diri kita.....lontarkan soalan pada diri kita...
Saya percaya semua di antara kita mempunyai dua medium komunikasi di atas ini. Persoalannya telah tertulis pada gambar di atas....hok mano kito banyok buko dale sari-sari???
Alhamdolillah kalau kita lebih banyak membaca dan mentadabbur Kitaballah, satu kejayaan bagi kita semua. Dan tidak salah juga untuk kita menggunakan facebook sebagai mengisi masa lapang di samping kita selitkan berbanyak-banyak ilmu yang berguna untuk para pembaca dan pengguna ruangan ini.
Ingin saya bawakan satu hadis yang indah ini.
Dari sahabat An-Nawwas bin Sam’an Al-Kilabi radhiallahu
‘anhu berkata : saya mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda
:
« يُؤْتَى بِالْقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
وَأَهْلِهِ الَّذِينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ تَقْدُمُهُ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَآلُ
عِمْرَانَ تُحَاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا ».
“Akan didatangkan Al-Quran pada Hari Kiamat kelak dan orang
yang rajin membacanya dan sentiasa rajin beramal dengannya, yang paling depan
adalah surat Al-Baqarah dan surat Ali ‘Imran, keduanya akan membela orang-orang
yang rajin membacanya.” HR. Muslim 805
Oleh itu, pereratkanlah hubungan kita dengan Al-Quran. Banyakkanlah membaca, menghafaz dan memahaminya. Yakinilah bahawa semua yang telah dikhabarkan oleh Allah SWT dan RasulNya adalah benar sebenar-benarnya. Moga bermanfaat untuk semua :)
Afa Al-Fasi
Terasa sangat dgn entry ni... satu muhasabah buat diriku yang sering lalai dan cuai.
BalasPadam