Bersediakah Kita???
Rasa susah dan payah itu seringkali membuatkan kita mahu
terus putus asa.
Sehinggakan setiap perkara di hadapan terus ditinggalkan
tidak dipedulikan.
Namun, sampai bilakah mahu kita berputus asa tidak mahu
berusaha?
Kelak mati menjelma, penyesalan sudah tak kemana.
Terputus segala amalan melainkan tiga perkara :
Sabda Rasulullah SAW :
عن
أبي هريرة، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: "إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا
من ثلاث: صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له" (رواه مسلم)
***
Pagi itu saya bertanya diri, saya bertanya Allah, "
Wahai Tuhan, kenapa tak dicampakkan langsung rasa gerun untuk exam hari
ini?".
Saya sangat bingung dalam masa yang sama sangat
"tenang". Bingung sebab tak rasa berdebar langsung nak masuk periksa hari tu. "Tenang" sebab rasa yakin
akan dapat jawab dengan baik walaupun pada hakikatnya saya sangat kurang
bersedia.
Pagi ini exam untuk subjek mantiq akan diadakan. “Ya Allah,
bantulah hambamu ini”, desis hatiku.
Berjalanlah saya ke kuliah bersama nota di tangan.
Sibuk-sibukkan diri juga menghafal perenggan talkhis tentang buku yang saya
baca. Persediaan terakhir sebelum imtihan.
Alhamdulillah,
exam pagi tadi berjalan dengan lancar. Syukur padamu ya Allah.
.
Rasa
"tenang" di pagi hari tadi terbawa-bawa sampai ke kelas Sarf. Ustaz
Sa’idi yang digeruni pelajar-pelajarnya merupakan seorang yang tegas dalam masa yang mempunyai sifat kebapaan
yang tinggi. Melangkah masuk ke kelas dengan slambernya.
Terus ditanya pelajar-pelajar di hadapannya,
" Kamu semua ada soalan berkaitan dengan pelajaran kita
minggu lepas?"
Diulang lagi soalan tersebut. Kali terakhir peluang untuk
bertanya diberikan, ustaz terus mengeluarkan kertas-kertas kosong.
"Baiklah kalau kamu semua tak ada soalan lagi, setiap orang ambil satu
meja dan ketepikan beg masing-masing".
"Alhamdulillah," hati memuji Allah, peperiksaan
mengejut pula kali ini. Ustaz memang takkan pernah maklumkan waktu peperiksaan.
Namun, berbekalkan "ketenangan" yang ada, dapat
juga saya jawab soalan-soalan yang diberikan. Alhamdulillah, dipermudahkan
untuk menjawab walaupun hakikatnya saya tak tahu sama ada jawapan yang ditulis
betul ataupun tidak.
Selesai kelas, saya terus berjalan pulang. Kaki berjalan
perlahan, satu suara di benak hati melontarkan soalan demi soalan memberi
peringatan.
"Andainya mati itu Allah dah tetapkan tarikhnya, adakah
kamu akan tetap bersemangat berusaha untuk mengumpul amal?
Atau sekadar bertangguh ke saat akhir?
Dan apabila menghadap Allah untuk dipersembahkan segala
amal, engkau hanya mengharapkan belas kasihan daripadaNya?
Sedangkan di dunia Allah dah tetapkan suatu tempoh untuk
beramal dan saat kamu diuji adalah saat kamu dimatikan.
Masuk exam pun tak ready, inikan pula kalau mati itu sudah
ada tarikh yang pasti?".
Hati berbicara lagi.
"Sedangkan hakikat mati itu tidak diketahui waktu dan
ketikanya. Samalah dengan ujian mengejut
yang dibuat oleh lecturer. Malaikat Maut akan menjemput pada bila-bila
masa secara mengejut. Kamu bersedia ataupun tidak, tetap kamu akan dimatikan
dan kelak dipersoalkan tentang segala perbuatan kamu di dunia. Semestinya di
hadapan Tuhan, Allah Yang Maha Agung rasa gerun itu lebih menakutkan berbanding
di hadapan manusia di dunia."
Setiap kali kita bangun dari tidur masih lagi bernafas,
bermakna masih ada tugas yang belum selesai terlunas. Masih terbuka luas
peluang untuk kita beramal dan bertaubat kepadaNya. Dia masih mahukan kita
berusaha mengejar keredhaanNya.
Andai hidayah itu sudah berada di hadapan mata, namun tetap
dipersiakan jua.
Bukankah kita dalam golongan mereka yang rugi?
Berdoa Nabi Adam a.s sewaktu baginda sedar akan kesilapan
baginda sehingga dikeluarkan dari syurga.
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا
وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri,
dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, nescaya
pastilah Kami Termasuk orang-orang yang rugi.”
(Surah Al A’raaf :23)
Sering kita gerunkan peperiksaan di dunia.
Seringkan kita kejarkan ijazah, kesenangan, kekayaan semata.
Terkadang lantas
terlupa Sijil Padang Mahsyar di sana.
"Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa
berusaha mencintaiMu,
ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah,
dan matikanlah kami dalam keadaan
kami mengucapkan أشهد ان لا اله الا الله ، وأشهد ان محمد
رسول الله "
Ameen ya robbal a'lamin..
Moga bermanfaat untuk semuaز
Afa Al-Fasi
0 comments: